Barisan Nasional Kekal Relevan Pada Rakyat

BN Kekal Dipercayai

Pertukaran kerajaan yang dilakukan oleh rakyat dalam Negara ini semasa PRU14 telah mengakibatkan kehancuran sebuah system pentadbiran dalam sebuah Negara yang bernama Malaysia.

BN/UMNO telah tumbang pada PRU14 yang lalu, tumbangnya sebuah kerajaan berusia 60 tahun akibat fitnah dan pembohongan serta kehendak rakyat Malaysia sendiri. Sekarang rakyat Malaysia sedang menikmati hasil dari kerajaan baharu yang mereka pilih.

Malaysia yang  mana dahulunya adalah sebuah Negara yang aman damai serta  menjalankan pemerintahan yang menitik beratkan kebajikan dan kepentingan rakyat dihancurkan oleh regim Mahathir dan DAP.

Bukan itu sahaja, lebih memburukkan lagi apabila lantikan dikalangan menteri  kabinet yang tiada asas dalam pemerintahan sesebuah Negara. Terlalu banyak percanggahan dalam tadbir urus yang dilakukan.

Pemerintahan yang hanya berpaksikan kepada isu dan bukan memikirkan hala tuju sesebuah Negara. Isu yang dimainkan telah mengakibatkan prestasi Negara mengundur kebelakang.

Kehilangan banyak pelabur akibat ketidakpercayaan terhadap kepimpinan yang menerajui Negara dan juga terdapatnya banyak skandal skandal yang disembunyikan dan kehilangan wang rakyat yang berjumlah beratus billion.

Paling menyakitkan jiwa nurani masyarakat Islam dalam Negara ini, apabila kepimpinan yang dikatakan beragama Islam hanya membiarkan sahaja Islam, bangsa Melayu dihina dan diperlecehkan. Hanya kerana kuasa dan jawatan mereka sepi mendiamkan diri.

Semasa pemerintahan PH umat Islam amat tidak selesa di bawah kerajaan bangsa DAP yang jelas tidak sensitif kepada hak dan kepentingan umat Islam dan Melayu itu puncanya negara bakal hancur di bawah mereka

Pemimpin pemimpin Melayu juga sudah dikunci segalanya ,tidak berani bercakap dan tidak berani untuk  mempersoalkan jika bangsa DAP biaDAP pada bangsa Melayu  dan juga Agama Islam. Perkara ini berlarutan sehingga sekarang.

Ketidakstabilan politik zaman PH terutamanya isu peralihan antara PM (Perdana Menteri) Ke-7 dan PM Ke-8 akibatkan pelabur tidak yakin dengan dasar kerajaan memandangkan model ekonomi berbeza antara PPBM dengan PKR.

Kini saki baki dari pemerintahan dahulu telah menubuhkan sebuah kerajaan yang disokong oleh Ahli Parlimen BN untuk membentuk kerajaan. Wal hasil balik asal, bila kita terlepas dari cengkaman DAP kita masuk pula didalam rahang singa yang sedang lapar iaitu PN.

Kenapa demikian? Ini adalah kerana sebahagian besar dari kabinet yang ada adalah diantara mereka yang  menjadi kabinet pada zaman Mahathir. Idea dan kaedah yang sama juga dilaksanakan. Rata rata diantara mereka adalah dikalangan mereka yang mempunyai sejarah penyelewengan yang disenyapkan.

Sebagai contahnya, Isu kereta terbang yang telah menggunakan wang rakyat hamper RM20juta, tetapi kemanakah hasilnya?

Semasa Azmin Ali menjadi Menteri Besar Selangor terdapat penggunaan wang rakyat bernilai ratusan juta untuk melunaskan hutang yang dibuat oleh ahli keluarganya.

Belum selesai dengan kes “video Haziq” yang masih dalam siasatan polis, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali kini berdepan satu lagi beban baru yang jelas menyusahkan Perdana Menteri.

Ini berikutan sebuah agensi pelancongan memfailkan saman terhadap beliau di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk menuntut RM328,901 untuk tiket penerbangan dan penginapan hotel yang dibayarnya tanpa diketahui sumbernya.

Begitu juga dengan cadangan peruntukan RM81juta disalurkan kepada JASA untuk kakitangan  yang berjumlah 60 orang tetapi hanya RM62 juta disalurkan untuk frontliner yang berjumlah 10 ribu orang. Apakah ini sebuah kerajaan yang boleh diharapkan?

Ini belum lagi dengan permasalahan rakyat yang sedang dilanda tekanan kehidupan dengan pembuangan kerja, Jumlah pengangguran yang meningkat, tiada produktiviti dan aliran ekonomi  dari rakyat disebabkan kuasa membeli telah musnah.

Harapan rakyat kepada bantuan bantuan sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan BN semasa pemerintahan  dahulu sudah tiada lagi. Mahasiswa yang terpekik terlolong dijalan raya meminta pertukaran kerajaan sudah menjadi bisu apabila apa yang mereka harap dan janjikan hanya tinggal janji.

Paling nyata sekarang, dengan perpecahan dikalangan parti Melayu, DAP kekal  selesa dan tersenyum apabila melihat parti parti Melayu terus dikecilkan dengan penubuhan poarti baharu seperti PUTRA dan MUDA.

 

DAP tetap bertahan dengan satu parti yang kukuh. Melayu masih lagi tidak sedar, sedikit masa nanti, atau PRU15 akan datang parti Melayu hanya gah pada nama tetapi tidak mampu melakukan apa apa walaupun menang banyak kerusi tetapi bersifat minoroti.

Dimasa ini Melayu akan bertelagah lagi, sehingga lenyapnya sebuah Negara dan ditambah pula dengan pemimpin Melayu yang sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa dan jawatan. Mereka tidak peduli soal perjuangan, mereka hanya peduli “apa yang aku dapat”.

Hakikat yang sebenarnya UMNO adalah sebuah parti yang menyatu padukan orang Melayu, yang awal-awal penubuhan mencintai orang Cina dan India, yang memberi tempat dengan redha. Inilah kenyataannya yang tidak mampu dinafikan oleh pihak PH.

Kita sedia maklum bahawa orang Melayu amat berminat dalam hal yang berkaitan dengan politik, Namun pada masa yang sama  jangan kita lupa bahawa  parti politik itu hanyalah alat sahaja dan  bukan matlamat.

Dalam menetapkan wadah perjuangan, Soal kaum dan kelompok keseluruhan masyarakat tidak pernah diketepikan. Semua itu telah  diikat berasaskan sendi agama asalkan Islam maka Melayulah semua.

Sendi perpaduan yang berasaskan Islam ini juga diterapkan bersama komponen yang lain yang ada didalam Barisan Nasional. Disini kekuatan yang lahir dalam Barisan Nasional adalah dari kekuatan perpaduan dan sikap toleransi serta kersamaan dinatara kepimpinan yang ada dalam berbilang kaum.

Untuk itu,  barisan kepimpinan Umno dapat memainkan peranan berterusan menyuntik semangat perjuangan parti dalam diri anggotanya supaya boleh kekal relevan dalam persekitaran yang semakin mencabar pada masa ini untuk Agama , Bangsa dan Agama serta rakyat.

PPBM Adalah Acuan Dari DAP – Kepentingan Rakyat adalah Nombor Terakhir Di Mata PPBM

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker