NAJIB RAZAK DIKECAM NETIZEN BENARKAN ‘ULAR’ MASUK RUMAH

“Kenapa Najib Baik Sangat Biar ‘Ular’ Masuk Rumah?”

Najib Razak

Dato Sri Najib Razak menaikmuat foto lawatan Bekas Menteri Belia dan Sukan, Yb Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di kediamannya. Foto berkenaan dinaikmuat dalam laman Instagram miliknya.

Ramai netizen memuji cara Najib melayan tetamu walaupun Syed Saddiq pernah menyatakan beliau masuk politik kerana mahu jatuhkan Najib. Kemesraan melayan tetamu jelas tergambar dalam foto yang dikongsi Najib. Komen positif turut diberikan netizen melihat cara layanan seorang bekas Perdana Menteri kepada Saddiq dan rombongannya.

Bagaimanapun salah seorang daripada rombongan Saddiq menaikmuat karikatur Najib sebagai badut dalam laman sosial miliknya pada sebelah malam hari yang sama selepas menyertai Saddiq ke rumah najib Razak. Mutalib Uthman yang turut serta dalam rombongan tersebut mengenakan baju bercetak ‘MUDA’.



TMJ Komen

Duli Yang Maha Mulia Tengku Mahkota Johor turut meninggalkan komen di Instagram Najib. Baginda melontarkan komen yang berbunyi “cucu Ular. Oppoturnist. Muka tak boleh percaya”. Komen tersebut mendapat 797 sukaan.

TMJ

Ini telah menimbulkan kemarahan netizen sekaligus turut kesal apabila layanan baik Najib Razak dibalas dengan kebiadapan. Mereka turut mengecam Najib Razak kerana ‘Terlalu Baik’ dan membenarkan ‘Ular’ menyusup sebagai tetamu di kediamannya.

Najib Razak

Percubaan Mutalib Uthman membela diri dengan menyatakan beliau sebenarnya mahu ‘Troll’ parti Muda. Bagaimanapun alasan Mutalib tidak diterima netizen. Facebook Mutalib diserang warganet yang menyifatkan beliau sebagai orang yang tidak mengenang budi dan pelbagai gelaran lagi. Mereka turut mengecam Parti MUDA yang digunakan Saddiq sebagai platform politik sebagai parti yang dipenuhi kebiadapan.



KERTAS PUTIH FELDA – AZMIN KELU SERIBU BAHASA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker