Parlimen: Agong perkenan kurnia Pingat PGB kepada Baharuddin, Norihan – Hamzah

80cfeaf93507074f338d8cb2300058c25fbe21f3ec7c2

KUALA LUMPUR, 26 Nov — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menganugerahkan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) kepada mendiang Sarjan Baharuddin Ramli dan Sarjan Norihan Tari, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata penganugerahan itu sebagai mengenang jasa dan pengorbanan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang terlibat dalam kejadian berbalas tembakan di sempadan Malaysia-Thailand pada Selasa (24 Nov).

“Saya bagi pihak kerajaan menjunjung kasih ke bawah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas perkenan baginda untuk menganugerahkan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) kepada kedua-dua anggota terlibat,” katanya pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri.

Hamzah berkata Kementerian Dalam Negeri juga memperakukan supaya mendiang Baharuddin dinaikkan pangkat kepada Sarjan secara posthumous dan Norihan juga dinaikkan pangkat kepada Sarjan secara medan.



Katanya kerajaan sentiasa mengiktiraf jasa dan pengorbanan anggota keselamatan yang berkhidmat dengan jujur, ikhlas dan berani dalam mempertahankan keselamatan, keamanan dan kesejahteraan negara.

Mengenai insiden berkenaan, Hamzah berkata hingga kini, Polis Diraja Malaysia telah menahan 19 suspek membabitkan 15 warganegara dan empat rakyat Thailand.

Beliau berkata pihak berkuasa Thailand pula menahan empat suspek warganegara Thailand, termasuk tiga yang cuba mendapatkan rawatan di hospital akibat kecederaan terkena tembakan.

“Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat,” katanya.



Susulan itu, Hamzah berkata kementeriannya sedang merangka pelan strategik secara holistik bagi memperkasakan lagi kawalan keselamatan dan keupayaan anggota pasukan keselamatan yang bertugas di sempadan, melibatkan perolehan aset serta fasiliti moden dan terkini seperti dron, Armoured Personnel Carrier (APC), Night Vision Goggles (NVG) dan GPS Tracker.

Hamzah berkata demikian semasa menjawab soalan Abdul Latif Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) mengenai perincian insiden serangan terhadap dua anggota PGA itu dan langkah terkini kerajaan dalam memperketatkan lagi kawalan sempadan antarabangsa agar sindiket penyeludupan lumpuh sepenuhnya.

Pada Selasa, Baharuddin maut manakala Norihan cedera parah ditembak selepas diserang kumpulan penyeludup ketika menjalankan risikan di kawasan Pintu A3, Pos Tembok Sempadan 9 (TS9), Padang Besar.

Jasad mendiang Koperal Baharuddin dihantar pulang ke Negeri Sembilan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker