Pengusaha lori parah ditetak dua lelaki di Teluk Intan

f5da4749b7fbe91f59b83d91d32de2105e18252de782bKes Bunuh

IPOH, 26 Nov — Seorang lelaki cedera parah selepas diserang dan ditetak dengan parang oleh dua lelaki dalam kejadian di sebuah pasar mini di Jalan Kampung Banjar, Teluk Intan, semalam.

Ketua Polis Daerah Perak ACP Kamarudin Mat Salleh berkata ketika kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, mangsa yang berumur 46 tahun dan bekerja sebagai pengusaha lori datang ke premis untuk membeli barang.

“Dua suspek yang memakai topeng muka telah menyerang mangsa menggunakan parang sebelum melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Honda City dengan nombor pendaftaran palsu,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Kamarudin berkata pihaknya sedang menjejaki kedua-dua suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Video kejadian itu tular menerusi media sosial, memaparkan kedua-dua suspek menetak mangsa dan menyebabkan pelanggan lain yang berada di dalam premis berlari keluar.

— BERNAMA

Ketua Wanita Teluk Intan ditumbuk, Amanah serah kepada polis

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker