MUKHRIZ MAHU MAHATHIR ‘MATI BERDIRI’

Mukhriz Mahathir Mahu ‘Mati Berdiri’

Mukhriz Mahathir

Ahli Parlimen Jerlun, Dato Paduka Mukhriz Mahathir semalam menyatakan beliau rela ‘Mati Berdiri’ daripada menyokong Belanjawan 2021 yang diluluskan peringkat dasar semalam.

Suasana hangat semasa sesi semalam menyaksikan pembangkang tidak memperolehi bilangan sokongan untuk mengheret proses undi belah bahagi Belanjawan 2021. Mukhriz mengeluarkan kenyataan demikian dipercayai kecewa selepas usul undi belah bahagi tidak mendapat sokongan dari rakan sekutu iaitu PKR dan DAP.

Mukhriz Mahathir

Mukhriz yang juga merupakan Presiden PEJUANG itu memberi gambaran bahawa Tun Mahathir juga bersetuju untuk ‘Mati Berdiri’ daripada memberi sokongan terhadap Belanjawan 2021. Mahathir merupakan antara 13 orang ahli Parlimen yang berdiri mahu proses undi belah bahagi semalam.



Antara ahli parlimen yang berdiri semalam ialah

  1. Tun Mahathir Mohammad
  2. Mukhriz Mahathir
  3. Khalid Samad
  4. Mahfuz Omar
  5. Hanipa Maidin
  6. Mohamad Sabu
  7. Mujahid Yusof Rawa
  8. Hatta Ramli
  9. Anuar Tahir
  10. Dzulkefly Ahmad
  11. Hasanuddin Yunus
  12. Hasan Bahrom
  13. Salahuddin Ayub

Menteri Kewangan Tengku Dato Zafrul semalam turut mengumumkan moratorium dan pengeluaran wang KWSP (akaun 1) diluluskan kerajaan. Sebagai rekod tuntutan moratorium dan KWSP merupakan cadangan daripada Barisan Nasional.

Ternyata percaturan pembangkang bagi menggagalkan Belanjawan 2021 digagalkan oleh pembangkang sendiri apabila PKR dan DAP tidak mengambil bahagian semasa usul undi belah bahagi diadakan. Dipercayai tindakan tersebut ada helah muslihat tertentu namun sejauh mana kemungkinan akan berlaku kegagalan Belanjawan 2021 hanya akan diketahui pada minggu depan.

‘BERSATU HITAM’ DAN MUKHRIZ KUDAKAN MAHATHIR UNTUK KUASA?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker