Pemimpin BN UMNO Penyelamat Ketika Rakyat Kesusahan

 

Najib Razak

Najib Razak Jadi Tumpuan, Barisan Nasional Jadi Sandaran Rakyat

Tiada sesiapa yang mampu melawan perancangan Tuhan. Dalam Bajet 2021 secara tidak langsung telah mendedahkan banyak perkara dan membuka mata rakyat yang selama ini ditutup dengan ilusiΒ  dan bayangan harapan dari pihak PH.

Seperti diaturkan segalanya, semalam Tuhan telah tunjukkan semuanya, kerana apa? Kerana untuk membuka mata dan hati rakyat Malaysia bahawa dihadapan mereka sekarang, parti yang mereka agungkan satu ketika dahulu adalah boneka semata mata.

Mereka terlalu asyik dengan isu politik hingga kita tidak punya ruang yang terbaik untuk melakukan kajian tentangΒ  apakah agenda tersembunyi disebalik politik yang dimainkan. Satu ketika dahuluΒ  penyokong Pakatan HarapanΒ  lupa bahawa penentangan yang dilakukan itu hanya untuk memuaskan kehendak rasa jiwa yang tidak pernah puas.



Lantang mereka melaungkan keadilan dan pembelaan kepada rakyat diatas pentas politik Β tetapi kita lupa bahawa mereka jugalah yang akan Β berlaku tidak adil kepada pihak yang ketiga. Kita lupa bahawa ada pihak yang sedang mencaturkan kita dalam politik yang tiadaΒ  kesudahannya.

Mereka melaungkan kekejaman, pada masa yang sama mereka terus melakukan kekejaman terhadap orang lain dan beranggapan ianya adalah perjuangan yang suci walaupun pihak ketiga sedang menderita akibat tindakan mereka.

Mereka melaungkan kebebasan agar diberikan sepenuhnya, tetapi pada masa yang sama mereka lupa bahawa selama iniΒ  mereka sudah cukup bebas sehingga tiada sesiapa yang bolehΒ  melarang anda walaupun anda melakukan kesalahan yang Β besar.

Mereka melaungkan bebanan kos sara hidup, sedangkan pada masa yang sama mereka masih lagi berbusana mahal dan mampu menukar segala perabut danΒ  melancong kesana kemari tanpa sekatan mana mana pihak.



Dimasa ini siapakah yang membela rakyat? Apakah pihak yang melaungkan pembelaan hanya diatas pentas semata mata. Ya!! Ini lah puak yang hipokritΒ  yang bermain kata untuk memperbodohkan penyokong mereka. Apkah mereka iniΒ  mampu meyelamatkan rakyat ketika rakyat kesusahan. Sudah pasti jawapannya “Tidak”.

Malah ada dikalangan mereka sanggup lagi meminta derma kepada rakyat, Ada diantara mereka sanggup menyuruh rakyat mengikat perut untuk membantu mereka. Persoalannya sekarang siapa pemimpin dan siapa dipimpin? Ini lah hadiah terbaik yang mereka berikan kepada rakyat. Tatkala rakyat kesusahan mereka terus melakukan penindasan.

Cukup-cukup sudah diperbodohkan oleh kerajaan Pakatan yang hanya tahu untuk melakukan kleptokrasi sahaja, Kepentingan rakyat hanya wujud dalam bentuk bantuanΒ  apabila tahun terakhir sebelum pilihanraya sahaja. Tidak lebih dari itu. Dan penjarahan wang rakyat dilakukan secara besar besaran dengan alasan penuh pembohongan. Apakah rakyat tidak sedar lagi?

PPBM Adalah Acuan Dari DAP – Kepentingan Rakyat adalah Nombor Terakhir Di Mata PPBM

Sekarang sudah terserlah kini, bajet 2021 yang amat penting untuk rakyat, bajet yang menentukan kesinambungan hidup rakyat disaat ini sedang tertekan. Apakah usaha pihak yang melaungkan pembelaaan rakyat satu ketika dahulu?

Ya !! mereka tidak membenarkan rakyat meneruskan kehidupan normal, Ya !!Β  mereka cuba menghalang kelulusan bajet untuk rakyat ini. Mereka tidak mahu rakyat berasa amanΒ  dan damai serta terhindar dari tekanan kehidupan.

Mereka ini datangnya dari DAP, PKR, WARISAN, PPBM yang diketuai oleh Mahathir. Mahathir mengetuai kumpulan ini untuk tidak menyokong bajet 2021 yang dibentangkan. Mereka mahu mengagalkan usaha dan idea dari Barisan Nasional yang mana sedang melihat kesusahan rakyat dan berusaha untuk membantunya.

Ini lah kumpulan yang satu masa dahuluΒ  mendendangkan lagu perjuangan untuk rakyat, tetapi perancangan AllahΒ  lebih hebat. Sekarang Allah telah tunjukkan segalannya. Sudah pasti adaΒ  penyokong yang dahulunya amat tegar kepada kumpulan ini boleh berfikir.

Itulah DS Najib yang tidak pernah puas dalam membatu dan melihat kesusahan rakyat. Sentiasa berusaha dalam apa keadaan sekali pun untuk membantu rakyat. Terbukti dan nyata bahawa krooni sebenar DS Najib ialah rakyat.

Sebelum ini rakyat Malaysia sudah diberikan masa selama 9 tahun untuk menilai prestasi dan kepimpinan DS Najib. Dipihak . DS Najib pula sudah memberi yang terbaik untuk rakyat yang tidak mampu diberi oleh perdana menteri terdahulu mahu pun kini.

DS Najib tidaklah sekejam Mahathir , Guan Eng tetapi akibat kufur nikmat, rakyatΒ  Malaysia yang tidak pernah puas dengan apa yang diberikan telah mula melakukan gerakan fitnah sehingga tumbangnya seorang Perdana Menteri berjiwa rakyat. Betapa Β rakyat Malaysia jauh lebih kejam dari rakyat Libya.

Mungkin sebab itu, Allah tarik pentadbiran kepimpinan Najib Razak. Allah gantikan dengan pentadbiran yang lebih kejam sesuai dengan kekejaman rakyatnya. Disebalik hikmahnya, Allah tunjukkan semuanya secara terbuka, siapa penyamun, siapa penipu , siapa menindas.

Semalam, bajet 2021 Allah tunjukkan sekali lagi pekung yang ada dalam dada mereka. Allah tunjukkan siapa pemimpin yang meniwai hati rakyat, menyelami keluh kesah rakyat. Sudah pastinya pemimpin yang sedemikian datang nya bukan dari DAP, PKR, PPBM, WARISAN tetapi pemimpin ini datangnya dari BARISAN NASIONAL/ UMNO.

Kepada rakyat Malaysia, kita sedang berhadapan denganΒ  perjuangan dua orang β€œGrandmaster Mechiavelli” yang bakal menghancurkan segalanya dalam Negara ini untuk kali keduanya. Kerana bagi mereka β€˜Matlamat Menghalalkan cara” itu adalah kaedah terbaik untuk berkuasa.

Kesedaran rakyat Malaysia dalam hal iniΒ  perlu diambil tindakan dengan tidak terus menyatakan sokonganΒ  kepada kedua mereka ini melalui kertas undi pada masa akan datang. Tindakan ini adalah untuk Malaysia dan kesucian IslamΒ  serta rakyat yang ada.

UMNO & PRU15 – KEKUATAN, KELEMAHAN DAN SETIAKAWAN AKAN TENTUKAN KEMENANGAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker