“SAYA TIDAK PERLUKAN LELAKI DALAM HIDUP, JADI RELAKS” – CIK B SEDAR DIRI

Dek kerana memuat naik status memberitahu dia sudah berpunya dan berkongsi beberapa keping gambar dan video bersama pelakon baharu Aniq Suhair, anak jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B telah menerima pelbagai kecaman daripada netizen.

Image_1.jpg

Gara-gara gosip cinta itu, Cik B atau nama sebenar Nur Edlynn Zamilleen Muhamad Amin, berkata dia sering diingatkan oleh netizen mengenai usianya yang masih muda untuk mempunyai hubungan istimewa dengan lelaki.

Dalam masa sama, gadis berusia 15 tahun ini turut berasa hairan apabila nama ibunya turut dikaitkan dalam ‘kisah percintaan’ mereka itu.



“Ya, Cik B 15 tahun, bawah umur… lepas tu korang kecam Cik B macam korang tak sedar Cik B umur 15 tahun boleh pula? Fikir balik. Orang kata Cik B bukan siapa-siapa kalau Cik B bukan anak Datuk Seri Vida… betullah tu!

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Kalau Cik B bukan anak Datuk Seri Vida, mana ada Cik B dalam dunia,” tutur Cik B yang berkongsi luahan hatinya itu di laman Twitter pada Khamis.



Aniq, 20, dan Cik B, 15, mencuri tumpuan bergandingan sebagai pasangan kekasih dalam drama bersiri, ‘Lelaki Lingkungan Cinta’ terbitan Zeel Production hingga menimbulkan andaian menjalin hubungan cinta.

Berhubung gosip yang mendakwanya menjalinkan hubungan cinta dengan Aniq, Cik B berkata, dia sedar diri dan berpijak kepada bumi nyata pada saat dikaitkan dengan finalis Hero Remaja 2020 itu.

Image_3.jpg

“Tak mungkin Aniq mahukan saya, mesti dia pilih teman wanita yang cantik. Hakikatnya, tiada apa-apa yang berlaku antara kami. Saya menganggap Aniq lebih kepada rakan kerja dalam arena seni. Lagipun, kami baru bertatih dalam dunia lakonan.



“Secara kebetulan, kami menjadi pasangan kekasih dalam drama arahan Emi Suffian itu. Jadi, tak salah kami saling mengusik dalam media sosial. Hubungan tak lebih daripada seorang kawan. Bagaimanapun, ada yang menganggap kami menjalin hubungan serius.

“Jujurnya, saya sudah terbiasa berdepan dengan kecaman sejak dahulu lagi. Sebelum ini, fizikal dan warna kulit saya pernah dipersendakan. Inikan pula digosip dengan pelakon berwajah jambu seperti Aniq,” ujarnya.

Image_4.jpg

“Netizen mengecam saya ‘feeling’ dan tergedik-gedik mahukan lelaki kacak. Malah, ada yang hina saya tak layak menerima cinta atau bercinta dengan lelaki tampan.



“Saya sedar diri ini, saya bukannya datang dengan pakej cantik. Saya tak pernah fikir soal perasaan, selama ini. Saya pernah merasakan tak perlu lelaki dalam hidup. Mama pun sudah membuktikan boleh hidup selepas dikecewakan lelaki,” katanya.

Gosip itu mengundang rasa kurang senang segelintir netizen kerana perbezaan umur antara mereka. Sementara itu, Cik B berkata dia tidak marah atau terasa hati dengan komen yang ditulis netizen berkenaan.

“Cik B tak marah atau terasa cuma Cik B faham. Cik B okay guys! Saya dah biasa. Saya fikir ini hanyalah gurauan. Maaf sebab Cik B banyak tweet fasal haters sebab Cik B tengah marah, anak buah kencing atas katil! Kalau tak mana Cik B layan. Saya tidak perlukan lelaki dalam hidup, jadi relaks,” ujarnya.

Image_5.jpg



Bagaimanapun, Cik B berkata, dia masih sedar fitrah hidup memerlukan pasangan, cuma terlalu muda untuk bercinta. Mengenai personaliti lebih lembut dan berbeza penampilan yang agak ‘boyish’ seperti sebelum ini, Cik B berkata, dia selesa menjadi diri sendiri: “Saya masih Cik B yang dahulu. Tetap ada sisi lasak dan ‘boyish’. Cuma, saya sedar diri ini seorang gadis,” selorohnya.

Sebelum ini, Aniq mengakui dia dan Cik B berkawan rapat sejak bergandingan dalam drama ‘Lelaki Lingkungan Cinta’ yang bersiaran di TV3. Bagaimanapun, dia meminta peminat tidak mengambil serius mengenai perkongsian mereka di laman sosial dan menganggap ia hanyalah gurauan sesama teman.

“Saya harap orang luar tidak melihat perkongsian itu secara serius. Semua tahu Cik B masih lagi belajar dan saya pun baru melangkah masuk dalam industri ini.

“Posting di laman sosial itu hanya gurauan sahaja, tapi tak sangka pula ramai yang ambil serius tentang perkara ini sehingga ada yang tuduh saya bukan-bukan,” katanya.



Image_6.jpg

Image_7.jpg

“AWKWARD BERMALAM DENGAN ABAH…” – CIK B TAK KISAH JUMPA, BUKTIKAN DAH BERUBAH

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button