AZMIN BERDEPAN TUNTUTAN AGENSI PELANCONGAN DI MAHKAMAH

Hebahkan !!!

Agensi Tuntut RM 176,322 Daripada Azmin Ali

Kertas Putih Felda
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

 

Azmin Ali akan berdepan dengan tuntutan sebanyak RM176,322 dari sebuah agensi pelancongan di Mahkamah tahun hadapan.

Tuntutan tersebut merupakan amaun bayaran bagi penyediaan tiket penerbangan Azmin Ali ke destinasi tertentu. Terdahulu agensi tersebut juga memfailkan tuntutan terhadap kos penyediaan tiket penerbangan terhadap tanggungan Azmin. Bagaimanapun tuntutan tersebut diambil alih peguam lain dari syarikat sama.

Menarik sekali apabila Azmin yang kini Menteri Kanan Perikatan Nasional membalas tuntutan syarikat berkenaan dengan mengaitkan kes kontroversi satu video di Sandakan. Beliau mengaitkan empunya syarikat mempunyai hubungan baik dengan Presiden PKR dan mendakwa penahanan 2 individu terlibat dalam penyebaran satu klip video merupakan satu konspirasi terhadap dirinya.

Kes tuntutan akan disebut pada 26 Januari 2021 manakala perbicaraan bermula 24 Februari selama 3 hari. Walau bagaimanapun, perbicaraan tuntutan ini tidak akan menjejaskan kedudukan Azmin sebagai Ahli Parlimen.

Leave a Reply

%d bloggers like this: