DIMASUKAN KE IJN SEJAK ISNIN – M DAUD KILAU JALANI RAWATAN INJAP JANTUNG SEMPIT

Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau, 82, telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur sejak Isnin lalu selepas mempunyai masalah injap jantung sempit dan kini sedang menjalani rawatan.

Image_1.jpg

Bagaimanapun, penyanyi lagu ‘Sirih Pinang’ itu belum menjalani pembedahan jantung dan masih berada dalam pemantauan doktor.

Perkara tersebut dikongsikan oleh anaknya, Ahmad Zaini, 49, yang turut memberitahu bapanya ditemani ibu, Datin Rohani Awang Ngah. Katanya lagi, setakat ini keadaan bapa baik cuma agak lemah dan kurang selera makan.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Ada injap jantung sempit dan bapa dijangka menjalani rawatan untuk masalah yang dihadapi hari ini atau Isnin depan. Bapa ditemani ibu, Datin Rohani Awang Ngah. Setakat ini, keadaan bapa baik, cuma agak lemah dan kurang selera makan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan, penyanyi veteran itu dimasukkan ke Hospital Teluk Intan (HTI) di Teluk Intan selepas mengadu sesak nafas. M Daud Kilau atau nama sebenarnya, Muhammad Daud Kilau berdepan masalah kesihatan sejak empat tahun lalu.

Beliau mempunyai penyakit kencing manis kini tidak boleh berdiri lama, kebas kaki dan tangan serta pinggang sakit, selain jantung tidak stabil dan kurang daya pendengaran.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

‘Maafkan aku semua…’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker