ELFIRA LOY BERGELAR USAHAWAN SAMBAL – GEMBIRA 2000 BALANG TERJUAL DUA MINGGU

“Terima kasih Allah kerana membuka satu lagi pintu untuk rezeki keluarga kami, Alhamdulillah. Terima kasih juga kepada anda semua yang menyokong @dapuqenak, rasa tak percaya kami telah menjual dua ribu balang dalam masa dua minggu, ia berkembang hari demi hari,” tutur pelakon Elfira Loy yang kini bergelar seorang usahawan.

Image_1.jpg

Elfira meluahkan rasa gembira perniagaan sambal yang diusahakannya semakin berkembang. Malah, Elfira berkata dia berjaya menjual dua ribu balang dalam dua minggu.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Elfira turut mengucapkan syukur kepada Allah serta berterima kasih kepada semua pelanggan yang telah menyokong perniagaannya itu.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Dalam pada itu, Elfira turut gembira kerana dapat membantu mereka diluar sana untuk turut sama menjana pendapatan menerusi perniagaannya itu.

“Gembira juga dapat tengok orang boleh buat duit menerusi perniagaan ini, ini bukanlah niat saya tapi banyak kakak kakak abang saya yang kenal cadangkan untuk besarkan,” katanya.

Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Elfira di ruangan komen. Rata-rata mereka mengucapkan tahniah dan turut bersyukur melihat pencapaian terbaru Elfira itu.

Image_3.jpg

FAZURA GEMBIRA SELESAI BERPANTANG, CINCIN TUNANG MUAT DIPAKAI SEMULA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker