Op Selat: SPRM reman dua individu dipercayai ejen

565787bb7f722c279e8d07e8f20b38b15e1d8125c97c1

PUTRAJAYA, 28 Nov — Dua individu dipercayai berperanan sebagai ejen berkaitan kes sindiket rasuah dalam pemalsuan cap sempadan di pintu masuk antarabangsa negara direman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber SPRM, perintah reman bermula hari ini sehingga 4 Dis itu dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas SPRM membuat permohonan.

“Kedua-dua lelaki ini bukan petugas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Mereka sebelum ini telah dicari oleh SPRM menerusi kenyataan media yang disiarkan pada 18 dan 23 Nov lepas,” katanya.

Sumber itu berkata, kedua-dua suspek masing-masing berumur 35 dan 49 tahun itu berjaya dikesan dan seterusnya ditahan di ibu pejabat SPRM di sini kira-kira pukul 3 petang dan 5 petang semalam.

“Turut disita ialah beberapa pasport warga asing dan wang tunai. Kedua-dua mereka ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009,” katanya.

Menurut sumber itu, penahanan ini menjadikan kesemua mereka yang ditahan berkaitan Op Selat adalah seramai 65 orang terdiri daripada 39 pegawai JIM, 17 ejen dan sembilan orang awam.

Op Selat digerakkan SPRM dengan kerjasama JIM bagi membanteras sindiket rasuah dalam pemalsuan cap kemasukan bagi melintasi sempadan negara.

Operasi itu dijalankan hasil risikan serta pemantauan selama enam bulan di pintu masuk dan keluar negara khususnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dan Bangunan Sultan Ismail Johor Bahru.

343 tangkapan di Selat Melaka sepanjang Jan-Mei – KP Maritim Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker