Petani berang tidak dibenar masuk ke New Delhi untuk adakan tunjuk perasaan

https://youtu.be/3nskU3BoGtc

NEW DELHI, 27 Nov — Polis India pada Jumaat melepaskan tembakan gas pemedih mata kepada kumpulan petani yang berang apabila pihak berkuasa menghalang mereka berarak memasuki bandar raya New Delhi untuk mengadakan tunjuk perasaan membantah undang-undang pertanian baharu.

Kumpulan petani itu datang dari pelbagai negeri, termasuk Punjab, Uttar Pradesh, Haryana dan Rajasthan.

“Kami menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan kumpulan tersebut. Kami juga memberitahu mereka, disebabkan pandemik COVID-19, semua jenis demonstrasi dan dharna (protes) tidak dibenarkan,” lapor agensi berita Press Trust of India memetik pegawai polis New Delhi.

Polis turut menyekat jalan utama ke bandar raya itu termasuk dengan menggunakan penghadang besi dan kawat berduri.

Menurut petani, undang-undang baharu itu tidak membantu mereka daripada aspek harga hasil pertanian dan mengurangkan tawar-menawar dengan syarikat.

Polis tidak memberi kebenaran kepada kumpulan itu untuk berkumpul di New Delhi dan memberi amaran tindakan selanjutnya akan diambil jika masih terus cuba memasuki ibu kota.

Dilaporkan ada petani yang bertindak mengalihkan penghadang jalan.

Berikutan itu polis New Delhi memohon kebenaran kerajaan negeri untuk menjadikan sembilan stadium sebagai penjara sementara memandangkan petani berkeras tidak mahu menghentikan rancangan tunjuk perasaan itu.

ALI BERANG ANAK JADI MANGSA NETIZEN: “MAKAN PENAMPAR MULUT TU PECAH NANTI…”

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker