Siti Khadijah Ditawar ‘Underground Job’ Dengan Bayaran Lumayan RM145,000

Siti Khadijah Ditawar ‘Underground Job’ Dengan Bayaran Lumayan RM145,000

Siti Khadijah Ditawar ‘Underground Job’ Dengan Bayaran Lumayan RM145,000
Siti Khadijah Ditawar ‘Underground Job’ Dengan Bayaran Lumayan RM145,000

Pelakon Siti Khadijah tampil berkongsi sebuah hantaran di Insta Storynya yang memaparkan seorang individu menawarkan ‘pekerjaan’ dengan bayaran yang lumayan.

Menerusi perkongsian itu, individu berkenaan memberi tawaran ‘underground job’ dengan menawarkan bayaran sebanyak RM175,000 dan mendakwa ramai selebriti telah membuat pekerjaan ini.

Beb, nak ambik job underground tak? Offer ni just untuk celebs, ramai yang buat. Untuk you offer payment 175k… job 4-5 jam jer and one off.

Tambahan, apabila ditanyakan apa yang akan ditawarkan oleh individu itu, Siti memaklumkan bahawa ia bukan pekerjaan yang baik dan sangat meragukan serta jumlah bayaran yang banyak.



Siti Khadijah Ditawar ‘Underground Job’ Dengan Bayaran Lumayan RM145,000

 

Sejujurnya underground job tu… saya tak rasa ia sesuatu yang okay sebab selalunya kalau nak offer projek drama atau apa mesti melalui penerbit dan lain-lain. Underground job ni must be fishy dengan amaun yang begitu banyak dan skop kerja yang memerlukan masa singkat mestilah sesuatu yang meragukan.

Siti Khadijah Ditawar ‘Underground Job’ Dengan Bayaran Lumayan RM145,000

Saya rasa mungkin sebab peribadi saya di Instagram yang tak menampakkan saya mewah dengan pemakaian saya yang biasa sebab itu dia tawarkan saya dengan jumlah wang sebegitu untuk umpan saya terima ‘job’ tersebut.

Dalam pada itu, pelakon yang beusia 26 tahun ini juga menyatakan bahawa rakan-rakannya pernah didatangi individu dan menasihatkannya untuk tidak membalas apa-apa mengenai tawaran tersebut.

Ada yang mesej cakap mereka ada dapat benda yang sama dan jangan pernah sekali balas sebab nanti dia akan guna kita sebab kita telah terima benda itu. Datang ia daripada kawan saya sendiri, kalau kita terima benda tu, nanti dia akan screenshot dan sebarkan.

Bukan itu sahaja, Siti turut berpesan kepada rakan-rakannya untuk tidak mudah terpedaya dengan tawaran sebegitu sehingga menggadaikan maruah.

Saya cuba untuk mengingatkan dekat kawan-kawan dan diri sendiri yang benda ini hanya sementara.
Kalau kita betul-betul perlukan duit, kita perlu kerja keras dan janganlah kita sanggup menggadaikan maruah dan kita punya kerjaya untuk perkara yang tak pasti.

Duit boleh habis, kerjaya tu nak pakai lama. Saya cuma nak ingatkan kawan-kawan lain yang terdesak memerlukan pertolongan kewangan.

Terdahulu, pelakon Siti Khadijah pernah akui dia lebih selesa menguruskan kerjaya sendiri tanpa pengurus oleh kerana isu kepercayaan.

Kredit: Xtra



Siti Khadijah Ditawar ‘Underground Job’ Dengan Bayaran Lumayan RM145,000


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Jangan Biarkan UMNO Menerima Nasib Yang Sama Seperti Saddam Hussein

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker