Toa Payoh tempat tinggal paling mahal di Singapura

Oleh – Syeikh Baran


Toa Payoh tempat tinggal paling mahal di Singapura
SINGAPURA merupakan bandar ketiga terbaik di dunia untuk ekspatriat bekerja dan menetap. – Foto AFP

Toa Payoh muncul tempat tinggal paling mahal di Singapura untuk golongan ekspatriat, demikian menurut kajian yang dilakukan oleh syarikat pembelajaran bahasa, Preply seperti dilaporkan laman berita Stomp hari ini.

Purata pendapatan isi rumah bagi ekspatriat yang menetap di Toa Payoh adalah SG$7,480 (RM25,219), manakala kos sewa bulanan sebanyak SG$6,823 (RM23,917).



Berdasarkan peratusan pendapatan untuk disewa, lima kawasan paling mahal selain Toa Payoh ialah Bukit Merah, Outram, Kallang dan Geylang.

Dalam pada itu, lima kawasan dengan harga paling berpatutan untuk golongan tersebut ialah Ang Mo Kio, Sembawang, Yishun, Punggol dan Choa Chu Kang.

Secara umumnya, semakin jauh dari pusat bandar, semakin rendah harga sewa rumah yang diperoleh.

Menurut kajian yang sama, Singapura berada di kedudukan sama dengan Basel di Switzerland, sebagai bandar ketiga terbaik di dunia untuk ekspatriat bekerja dan menetap. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading