Polis serbu hotel sarang aktiviti penipuan pelaburan

WhatsApp-Image-2020-11-28-at-21
Sebahagian suspek yang terlibat dalam aktiviti penipuan pelaburan ditahan di sebuah hotel di Jalan Changkat Bukit Bintang.

 

KUALA LUMPUR – Seramai 29 orang ditahan termasuk 23 lelaki warga China kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti pelaburan dalam talian, SCI e-commerce yang mensasarkan pelanggan dari negara tersebut.

Tangkapan itu dilakukan hasil serbuan di tiga buah bilik di sebuah hotel di Jalan Changkat Bukit Bintang, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner, Mohd Zainal Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kesemua suspek telah menjalankan operasi di hotel ini selama sebulan dengan sewaan RM100 untuk sebuah bilik.

Sebanyak 20 bilik telah disewa oleh suspek yang ditahan.

Menurutnya, sebanyak 40 buah komputer dan 50 buah telefon bimbit dirampas.

Kes disiasat di bawah Sek.420KK kerana melakukan jenayah penipuan.

Kesemua suspek akan direman esok. – MalaysiaGazette

Leave a Reply