PRU15: Bersatu Pahang harap UMNO terima seruan Muhyiddin bentuk gabungan besar

7ceb99d8f463a37e72c778bf7d00ff7f5fbcb97859bac

KUANTAN, 28 Nov — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang berharap UMNO menerima seruan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya kepimpinan parti Melayu Islam membentuk gabungan terbesar bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.

Setiausahanya Datuk Saifuddin Abdullah berkata bagi memenangi PRU15, cara terbaik ialah dengan menubuhkan sebuah gabungan melibatkan Bersatu, PAS dan UMNO.

“Bersatu dan PAS sudah memang secara rasmi dalam Perikatan Nasional manakala UMNO walaupun belum secara rasmi tetapi menganggotai kerajaan PN, dan melalui ucapan Presiden (Muhyiddin) tanpa segan silu dan retorik telah menyatakan cara terbaik untuk hadapi PRU15 ialah dengan membentuk gabungan parti-parti Melayu.



“Saya berharap seruan Muhyiddin akan diterima oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,” katanya kepada pemberita selepas mendengar ucapan dasar Presiden Bersatu sempena Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2020 yang berlangsung secara maya susulan ancaman pandemik COVID-19 di sini hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin dalam ucapannya berkata adalah baik jika semua pemimpin Melayu dan Islam di negara ini dapat bersatu dalam sebuah jemaah yang besar, berbanding berpecah-belah dalam kabilah-kabilah kecil sekali gus dapat mewujudkan kestabilan politik di Malaysia.

Sementara itu, Saifuddin yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata pindaan perlembagaan Bersatu yang membolehkan orang bukan Melayu dan Islam menjadi ahli bersekutu telah menterjemahkan ‘DNA’ sebenar parti itu.

“Meskipun kita parti Melayu Islam tetapi kita masih menghormati dan mengiktiraf agama lain juga, yang mana tanpa berselindung dan berterus-terang, Bersatu ialah parti Melayu Islam tetapi menerima keanggotaan bukan Islam,” katanya.



Barisan Nasional Kekal Relevan Pada Rakyat

Barisan Nasional Kekal Relevan Pada Rakyat



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button