Pengunjung, pemilik pusat hiburan kena kompaun

Pengunjung, pemilik pusat hiburan kena kompaun
Polis menjalankan saringan ujian air kencing dalam pemeriksaan sebuah pusat hiburan di Jalan Ipoh, Sentul – Foto NSTP/PDRM

Pengunjung, pemilik pusat hiburan kena kompaun

KUALA LUMPUR: Sebuah pusat hiburan di Jalan Ipoh, di sini, diserbu selepas didapati menjalankan aktiviti hiburan dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 untuk Kuala Lumpur.

Serbuan dijalankan oleh Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur, lewat malam tadi selepas menerima maklumat mengenai aktiviti yang dijalankan di situ.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Datuk Azman Ayob, berkata dalam serbuan berkenaan seramai 48 pengunjung dikenakan kompaun bernilai RM5,000 bagi setiap individu.



“Secara keseluruhan kompaun yang dikeluarkan terhadap pengunjung berjumlah RM265,000 manakala pemilik premis dikenakan kompaun sebanyak RM25,000 mengikut Peraturan 17, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit PPN 4, 2021.

“Polis juga turut menjalankan saringan ujian air kencing terhadap semua pengunjung dan 13 daripada mereka didapati positif dadah dan disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya kepada BH hari ini.

Azman berkata operasi seperti itu akan dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa bagi membendung penularan wabak COVID-19 dalam kalangan warga Kuala Lumpur.

Pengunjung, pemilik pusat hiburan kena kompaun


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook kami




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker