Tergadaikah Malaysia Sekali Lagi Pada PRU15

Hari ini, kita sedang membuat persiapan untuk menghadapi PRU15, sebagaimana biasa ramai penulis mengulangi apa yang mereka ingatkan kepada para pengundi agar lebih berhati hati dalam membuat pilihan parti.

Pemikiran Pra Pru 14

Sebelum PRU14 yang lalu, artikel yang sama dengan maklumat yang berbagai cara seni penulisan dilontarkan kepada  rakyat agar tidak bersekongkol dengan pihak PH atau memilih mereka sebagai wadah pemerintahan.

Setiap butiran maklumat diberikan agar rakyat Malaysia tidak tertipu dengan kelicikan permainan politik aras tinggi yang amat menggelirukan. Sebagai penulis adalah menjadi tanggung jawab untuk memberikan maklumat yang benar  dengan harapan terselamatnya Malaysia dari tangan tangan ghaib yang berpaksikan barat

Sekarang selepas PRU14 segalanya telah terserlah. Pakatan Harapan telah berjaya  menjatuhkan BN dan sedang menggantikan dengan kerajaan yang baru (regim change) dan membariskan satu barisan pemimpin kerajaan yang baru.

Di masa yang sama, PRU14 telah berlaku semasa era kekeliruan yang paling tinggi, iaitu kehangatan (kononnya) akan berlaku kehancuran dunia 2012 (galactic alignment), solar flares, polar shift, project Blue Beam / HAARP, economic crash, dan bermacam2 fitnah Dajjal.

Gerakan yang menjual maruah negara ini sungguh menyedihkan kerana apa-apa hasil kerjasama dengan agensi asing ini turut mencerminkan betapa Malaysia ‘mudah dibeli’ atas nama demokrasi. Dan mereka yang melakukannya sangat tidak bertanggungjawab serta membelakangkan kedaulatan negara.

Menerusi bantuan dana kepada DAP oleh National Endowment for Democracy di bawah Jabatan Negara Amerika selama ini, jelas menelanjangkan siapa sebenarnya DAP, Lim Kit Siang dan rakan-rakan ‘demokratiknya’.

Penaja utama dari Amerika kebanyakan dikawal oleh Yahudi. NED merupakan badan induk yang mengawal beberapa penaja lain termasuk NDI dan IRI. Ketiga-tiga badan penaja ini merupakan badan sah yang diwujudkan oleh kerajaan Amerika dengan bantuan peruntukan kewangan secara khusus.

Terorisme

Penaja yang bertema ‘memerangi terorisme’ dan ‘menyemai demokrasi’ ini, telah terbukti sebagai instrumen kerajaan Amerika ‘menakluk melalui pilihanraya’ dalam sesebuah negara yang menjadi targetnya.

NED dikawal oleh Yahudi Amerika iaitu Vin Weber (Pengerusi) dan Carl Greshman(Presiden). Kedua-dua tokoh ini merupakan Yahudi beraliran Zionis atau Neo-Konservatif yang memegang prisip “Regime Change” (Perubahan kerajaan). Salah seorang ahli neo-konservatif adalah Paul Wolfowitz.

Mereka merupakan tulang belakang “Project for the New American Century” (PNAC) yang bercita-cita menjadi Amerika sebagai kuasa Tunggal di dunia. Matlamat ini termasuk melantik proksi proksi dalam negara sasarannya termasuk Malaysia. Ini termasuk penajaan dana dana untuk pilihanraya.

Vin Weber, Carl Greshman dan Paul Wolfowitz merupakan kawan baik Anwar Ibrahim, sebab itu mereka telah melantik Anwar sebagai Panelist iaitu sebagai ahli jawatankuasa NED yang sering menjadi moderator dan penceramah anjuran badan itu.

Oleh kerana Anwar termasuk sebagai salah seorang ahli jawatankuasa NED, maka beliau berhak mencadangkan idea-idea bagaimana cara-cara yang berkesan untuk ‘menakluk’ negara luar khususnya negara Islam.

Memahami Pertukaran Regim

Untuk memahami apakah yang dimaksudkan dengan neo-konservatif, PNAC, “Regime Change” serta peranan Zionis Amerika menakluk negara luar dicadangkan menonton video yang telah dialih bahasa ke Bahasa Melayu seperti di bawah :

Penaja NDI juga dikuasai oleh Yahudi iaitu Madeleine K. Albright (Pengerusi) dan Kenneth D. Wollack (Presiden). Lebih menarik lagi Kenneth Wollack merupakan pengarah undang-undang badan pelobi Israel terkemuka di Amerika iaitu AIPAC (American Israel Public Affairs Committee)

Banyakl artikel yang menjelaskan bagaimana Yahudi Neo-konservatif, Paul Wolfowtiz dan Carl Gershman menaja dan memperalatkan Anwar di Amerika Syarikat bertujuan untuk melumpuhkan negara-negara Islam di seluruh dunia.

Penaja seterusnya adalah IRI. Di belakang IRI adalah calon pengganti Presiden Bush iaitu Senator John McCain sebagai Pengerusi dan Frank J. Fahrenkopf, Jr sebagai Presiden.

Kesemua nama yang berada di belakang tabir penaja-penaja di atas adalah Yahudi beraliran Zionis. Manakala Pakatan  pula menerima bantuan-bantuan daripada Zionis Amerika itu untuk membantu karier politik mereka di Malaysia.

Jadi dalam konteks Islam, apakah hukumnya menerima bantuan dana daripada Zionis yang telah memusnahkan negara-negara Islam lain serta membunuh beribu-ribu umat Islam di dunia ?

Kuasa Rakyat

Lihat dan dengar pada satu ucapan yang dilontarkan kepada PKR oleh pemimpin asing- “People Power” – Atau dalam ertikata lain ”Kuasa Rakyat” sebagaimana yang telah digunakan oleh Anwar Ibrahim satu ketika dahulu dalam menaikkan sentimen  kebencian kepada kerajaan. Apakah semua ini secara kebetulan.

Pendedahan Daniel Twining, anggota Centre for Strategic International Studies Amerika Syarikat (CSIS), amat serius yang akhirnya mendedahkan kegiatan khianat Kerajaan PH terutama DAP dan konco-konco mereka selama ini terhadap kerajaan terdahulu.

Mereka bersekongkol dengan pihak asing dalam mencapai matlamat mereka, Mereka tidak pedulikan keselamatan, keharmonian dan impak yang bakal dihadapi oleh rakyat dalam Negara ini asalkan mereka berkuasa dan berjawatan.

CSIS yang beroperasi di Malaysia sejak tahun 2002, cukup bangga selepas berjaya berkomplot dengan pembangkang bagi menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional pada PRU14.

Justeru itu, apakah PRU 15 nanti, rakyat masih lagi mahu memperjudikan nasib Negara ini dengan percaturan politik hanya kerana taksub kepada sebuah parti tanpa memikirkan nasih rakyat dalam Negara ini sebagaimana yang telah berlaku selepas PRU14?

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=5x5VMYt_XKM[/embedyt]

 

Leave a Reply