AZMIN SAHKAN WUJUD ‘KUDA TROJAN’ MAHATHIR

Mahathir Masih Punya Pengaruh Terhadap Perikatan Nasional?

Azmin Ali

Bahagian 1

Menteri Kanan yang juga Bekas Menteri Hal Ehwal Ekonomi Pakatan Harapan, Datuk Seri Azmin Ali mengesahkan penubuhan Perikatan Nasional adalah idea Mahathir bagi mengekalkan kedudukannya.

Azmin Ali menyatakan demikian dalam satu temuramah bersama wartawan. Dalam pertemuan itu, Azmin cuba memberi gambaran tiada krisis percanggahan pendapat antara Presiden PPBM dan Mahathir selaku Pengerusi PPBM semasa kekacauan politik negara awal Februari 2020.

Azmin Ali

Berbeza Skrip

Sebelum ini banyak diperkatakan bagaimana krisis dan pergolakan dalam Pakatan Harapan bermula. Tekanan daripada satu pihak yang mahu peralihan kuasa dipercepatkan sebagaimana dijanjikan. Malah Azmin Ali ketika itu sudah lantang menentang dan mencabar kewujudan perjanjian peralihan kuasa. Pergolakan dalaman PPBM yang mahu menyingkirkan sekutu lain dalam Pakatan Harapan tidak dinyatakan Azmin, sebaliknya beliau menumpukan bagaimana Mahathir ketika itu kehilangan sokongan ahli parlimen.

‘Membersihkan diri’ dari kontroversi kejatuhan Pakatan Harapan tidak boleh mengubah sejarah bagaimana pengkhianatan berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat. Azmin mungkin ‘terlupa’ beliau ketika itu adalah Timbalan Presiden PKR yang berpaling sokongan bagi menyelamatkan karier politiknya sendiri apabila menyedari Mahathir tidak lagi berkuasa. Mengapa terlalu cepat berubah sokongan jika bukan kerana kedudukan politik?

Azmin Ali

Berubah Arah Politik

Dalam temuramah itu juga, Azmin mendedahkan rasa hormatnya kepada Mahathir yang menjadi penyebab penglibatannya dalam kancah politik negara. Bermula sebagai orang belakang tabir untuk Anwar sehingga beliau ditangkap, Azmin turut menyingkap bagaimana beliau ‘menjaga’ keluarga Anwar sepanjang beliau berada dibelakang tirai besi.

Anwar Ibrahim

Betapa mudahnya Azmin ‘bertukar angin’ walaupun ‘berkhidmat’ untuk Anwar selama hampir 30 tahun. Penilaian mudah rakyat kepada Azmin yang menyokong Presiden PPBM ketika itu mudah. Khianat pada perjuangan Anwar yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri sedangkan jawatan tersebut hanya selangkah dihadapan. Adakah Azmin sebenarnya yang mahu menjadi Perdana Menteri atau sekadar menjadi ‘alat’ kepada Mahathir bagi menyekat kemaraan Anwar?

Kesetiaan individu kepada parti sering dinilaikan sebagai kayu pengukur sejauh mana seseorang yang sememangnya mahu sentiasa berkuasa mengambil kesempatan bagi menjamin kedudukan sendiri.

Leave a Reply