DISANGKA DITAHAN GARA-GARA STAIL RAMBUT ‘SAMA’ – BEN AMIR TAMPIL NAFI

Dek kerana mempunyai stail rambut yang dikatakan hampir sama, ada beberapa pihak yang menyangka pelakon Ben Amir telah ditahan bagi membantu siasatan pihak polis berhubung kes dakwaan rogol melibatkan seorang individu baru-baru ini.

Image_1.jpg

Tidak mahu ia berterusan, pelakon drama ‘Sweet Dreams’ itu telah meluahkan rasa sekaligus menafikan perkara tersebut: “Kes rogol tu bukan aku laa. Rambut pun lain. Mine’s better, much better,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan pemenang ketegori Pelakon TV Popular di Anugerah Bintang Popualar Berita Harian 33 (ABPBH) itu menerusi laman Twitter miliknya.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Ciapan tersebut ternyata menerima perhatian ramai pihak selepas meraih hampir 8,000 ulang ciap dan lebih 73,000 tanda suka.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberi komen terhadap ciapan tersebut selain turut menasihati Ben supaya tidak perlu mengambil hati mengenai perkara berkenaan.



Terdahulu, seorang penyanyi dan pendakwah bebas telah ditahan pihak polis pada Jumaat bagi membantu siasatan atas dakwaan merogol seorang gadis di sebuah rumah di Shah Alam, Selangor, September tahun lalu.

Image_3.jpg

COVID-19 : Ben Amir berjaga-jaga biarpun ujian negatif



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button