DISOAL TENTANG ZIANA, AIR MATA AZWAN ALI GUGUR: “MINTA MAAF PAK ZAIN, CIK ROBIAH…”

Semua sedia maklum mengenai pengacara sensasi, Azwan Ali pernah menaruh perasaan terhadap Ziana Zain suatu ketika dahulu namun cintanya bertepuk sebelah tangan.

Image_1.jpg

Menerusi program Lagu Cinta Kita musim ke-2 (LCK2) yang beralngsung malam semalam, Azwan telah ditanya oleh penynyi Elly Mazlein sama ada adakah mungkin Ziana boleh menjadi teman wanitanya.

Bagaimanapun, Azwan tiba-tiba sebak dan tidak dapat menahan air mata apabila bercakap mengenai hubungan istimewanya dengan penyanyi itu.

Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA dalam keadaan teresak-esak turut memohon maaf kepada ibu bapa Ziana kerana sudah lama mereka tidak bertemu antara satu sama lain.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Saya kenal Ziana dah lama. Jangan judge (hakimi) kami dan saya menghormati Ziana sebagai seorang kawan yang begitu lama saya kenal. Saya minta maaf kepada Pak Zain dan Cik Robiah. Lama saya tak jumpa,” katanya.

Dalam pada itu, Ziana yang dijemput sebagai tetamu undangan menerusi program itu semalam mengatakan orang lain tidak kenal Azwan sebagaimana dia mengenali pengacara sensasi itu dan mereka tetap bersahabat baik.

“Orang kalau tak kenal diknon (panggilan manja buat Azwan), mereka tak kenal. Walaupun orang gosipkan saya dengan diknon macam-macam tetapi hubungan saya dengan dia, kita sahabat.

“Walaupun bertahun saya tak jumpa dia, saya selalu telefon dan bertanya khabar. Sahabat dan kawan itu adalah dua pengertian yang berbeza,” ujarnya.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

BILA AZWAN ALI MIMPI ZIANA ZAIN, MINTA NETIZEN TAFSIR

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker