LAGI ‘BABY BUMP’ DIDAKWA SEMAKIN JELAS – SITI NURHALIZA HAMIL ADIK AAFIYAH?

Hebahkan !!!

Penyanyi tersohor negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza sebelum ini didakwa kini sedang hamil anak kedua selepas dia dilihat seperti mempunyai ‘baby bump’ dan semakin berseri.

Image_1.jpg

Dakwaan itu diperkuatkan lagi apabila Siti telah mengambil keputusan untuk berehat dari dunia seni selepas pelancaran albumnnya yang terbaru, baru-baru ini.

Malah, penyanyi lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ itu pernah memuat naik gambar bersama seorang doktor selebriti menerusi akaun media sosialnya menguatkan lagi spekulasi.

Namun, baru-baru ini bekas isteri kepada suami Datuk Siti iaitu Datin Tengku Zawyah telah memuat naik foto keluarga yang turut kelihatan susuk tubuh Siti, difahamkan diambil ketika sambutan ulang tahun kelahiran menantu, Alyssa Hisham yang diadakan di sebuah restoran.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Penampilan terkini Siti atau lebih mesra dipanggil TokTi itu kembali diperkatakan netizen apabila dia kelihatan lebih berseri dan berisi dengan bentuk badan yang seakan mempunyai ‘baby bump’.

Siti yang tampil memakai baju berona biru itu turut menarik perhatian netizen apabila dia kelihatan seperti sedang mengusap perutnya dalam sebuah video pendek yang sempat dirakam tetamu yang hadir. Meninjau ruangan komen, netizen turut mendakwa bahawa Siti kini sedang berbadan dua.

“@hidayah0768: Mak Iti macam hamil ja. – “@yusofhanizah: Tokti mengandung ke? Look so cheerful.. Alhamdulillah sekiranye confirm.. Happy for you!

Image_3.jpg

“@damansara_fitgun_readystock: Tokti ngandung lagi..Alhamdulillah.. – “@eleanor_adilla: Macam ternampak baby bump Tokti haha. – “@amoyyziqri: Tokti mengandung ya,” antara komen-komen ditulis.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada pengesahan atau komen mengenai berita kehamilan itu. Terdahulu, Siti dan suami telah dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun. Anak pertama pasangan ini yang dilahirkan pada tahun 2018 itu melalui persenyawaan in-vitro (IVF)

Kemudian pada bulan Februari yang lalu, Siti Nurhaliza ada mengumumkan kepada media yang dia dan pasangan kini sedang berusaha untuk mendapatkan anak kedua dengan cara rawatan yang sama iaitu melalui prosedur persenyawaan In-Vitro (IVF).

Apa-apa pun, jika benar Siti kini sedang hamil anak kedua, kami doakan semoga semuanya berjalan lancar dan kalau khabar kehamilan yang dihebohkan ini hanya sebuah gosip, semoga ia menjadi doa untuk Siti memiliki anak lagi.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg

Image_10.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: