Rawatan denggi berkesan ke atas monyet

Rawatan denggi berkesan ke atas monyet

Rawatan denggi berkesan ke atas monyet
PETUGAS kesihatan melaksanakan semburan asap mengandungi sebatian kimia yang boleh membunuh nyamuk Aedes di pinggir bandar Lima, Peru. -AFP

TOKYO: Penyelidikan baharu saintis mendapati denggi kini boleh dicegah dan dirawat apabila ujian awal ke atas monyet baru-baru ini terbukti keberkesanannya.

Denggi ditularkan oleh nyamuk dan menjejaskan berpuluh-puluh juta manusia setiap tahun dengan mengakibatkan gejala-gejala yang sangat dahsyat termasuk seperti demam yang menyucuk tulang.

Penyakit itu menjadi endemik di berpuluh-puluh negara, namun tiada rawatan yang berkesan.

Malah, dua vaksin yang dibangunkan itu dilaporkan belum lagi diluluskan secara universal.



Dua tahun lalu, penyelidik melaksanakan kerja yang menunjukkan sebatian berkesan boleh menghalang virus daripada mereplikasi dalam kultur sel tikus dengan menghalang interaksi antara dua protein.

Ketua Patogen di Janssen Companies of Johnson & Johnson, Marnix Van Loock berkata, pihaknya kini memperhalusi kompaun dan mengujinya dalam kedua-dua tikus dan monyet, dengan hasil yang diperoleh sangat menggalakkan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Dalam monyet, kompaun itu diuji terhadap dua daripada empat jenis denggi dan hanya untuk sifat pencegahannya, bukannya untuk rawatan.

“Tetapi apabila diuji untuk kedua-dua rawatan dan pencegahan pada tikus bagi keempat-empat jenis denggi, hasilnya berjaya, kata Van Loock.



Denggi boleh menyebabkan simptom seperti selesema yang teruk dan kadangkala berkembang sehingga boleh membawa maut.

Penyelidik juga memberi amaran bahawa iklim yang lebih panas dan lembap berkemungkinan meningkatkan kelaziman virus untuk membiak.

Dengan tiada rawatan tersedia, usaha kini tertumpu pada mengurangkan penularan termasuk dengan menjangkiti nyamuk dengan bakteria.

Vaksin yang dipanggil Dengvaxia diluluskan untuk digunakan hanya di beberapa negara dan berkesan terhadap satu strain.



Vaksin kedua, Qdenga, diluluskan pada Disember lalu untuk digunakan oleh Kesatuan Eropah, dan ia juga telah mendapat lampu hijau oleh Britain dan Indonesia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Dan Vaksin yang dipanggil Dengvaxia diluluskan untuk digunakan hanya di beberapa negara dan berkesan terhadap satu strain.

Vaksin kedua, Qdenga diluluskan pada Disember tahun lalu untuk digunakan oleh Kesatuan Eropah dan ia juga mendapat lampu hijau oleh Britain dan Indonesia.

Bagaimanapun, masih terdapat soalan untuk dijawab mengenai rawatan itu termasuk sama ada ia boleh meningkatkan kerentanan apabila berlaku jangkitan semula.



Apabila orang dijangkiti denggi, kehadiran virus dalam darah mereka secara amnya merangsang tindak balas imun yang kuat yang melindungi mereka daripada jangkitan pada masa akan datang.

Tetapi pada sesetengah orang, tindak balas imun lebih lemah dan menyebabkan mereka terdedah kepada jangkitan semula yang boleh menghasilkan gejala yang lebih serius.

Masih belum jelas sama ada menghalang atau mengurangkan replikasi virus boleh menghasilkan kerentanan yang sama kepada jangkitan semula.

Para penyelidik perlu menyerahkan data keselamatan daripada fasa ujian semasa mereka sebelum meneruskan ujian lanjut yang melibatkan manusia, termasuk kajian lapangan di kawasan yang terjejas oleh denggi.



Van Loock enggan membuat spekulasi tentang bila rawatan mungkin boleh digunakan secara realistik.

“Kami berpandukan sains dan data yang kami hasilkan untuk benar-benar menjawab soalan itu,” katanya. -AFP

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula



 

Rawatan denggi berkesan ke atas monyet


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button