AR BADUL KECEWA HAK BAPA DINAFIKAN – BALU BUKA MULUT: “ARWAH SUAMI DAH MUFLIS…”

Pelakon dan pelawak veteran AR Badul yang sudah lebih setahun anaknya, Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya meninggal dunia dalam kejadian pilu akibat tertembak itu mengakui bahawa hubungan dengan anaknya itu tidak begitu rapat.

Image_1.jpg

Namun, dia kecewa apabila hubungan renggang antara dia dan arwah dijadikan sebagai alasan haknya sebagai bapa dinafikan sehingga dia tidak menerima apa-apa pampasan daripada peninggalan harta anak lelakinya.

“Apabila terjadi perkara begini (kematian anak), pihak bekas isteri mengatakan saya tidak ambil tahu tentang anak. Tapi saya bapa dia.. Pihak ATM (Angkatan Tentera Malaysia) juga tak beri apa-apa kepada saya, katanya saya tidak layak. Malah, insurans pun kata saya tak layak,” katanya.

Mengakui hubungannya dengan arwah tidak begitu rapat sejak berpisah dengan bekas isteri sehinggakan dia sudah lagi tidak dianggap sebagai ayah oleh anak-anak sendiri.



“Sampai dia besar saya memang jarang lihat dia. Suatu ketika dulu saya pernah nak pergi ambil dia. Tapi anak-anak sendiri kata saya bukan bapa mereka, ini benar-benar terjadi,” jelasnya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Dalam pada itu, Badul berkata dia pernah mendesak supaya inkues diadakan bagi mencari punca kematian anaknya itu namun menarik balik hasrat berkenaan demi masa depan tiga orang cucunya.

“Mereka katakan kalau saya nak buat inkues, anak-anak dia akan kehilangan hak. Jadi selepas saya memikirkan hal itu, saya tarik balik permintaan untuk inkues. Tapi yang saya nak sekarang ialah sebagai bapa, dia larang saya untuk mendapatkan segala-galanya, dengan siapa nak minta tolong pun tak tahu,” tuturnya.



Tidak berniat untuk membolot harta peninggalan arwah, Badul berkata hanya sekadar mahu kewujudannya sebagai bapa kandung diberi perhatian dan haknya sebagai seorang bapa.

“Bukan nak duit tu, tapi hak saya. Hasil sumbangan orang tu saya tak kisah, itu hak dia. Tapi berkaitan hak ayah. Macam disekat, konon saya tak ambil tahu pasal anak sejak kecil. Mungkin banyak cerita buruk saya tentang anak-anak diceritakan. Pihak sana katakan dia yang jadikan anak menjadi manusia, kata dialah,” ujarnya.

Susulan daripada kenyataan Badul, balu kepada Mejar Mohd Zahir tampil menjelaskan perkara sebenar selepas bapa mentuanya itu mula membuka cerita mengenai tuntutan hak serta pembahagian harta. Nour Shafinar Harun, 31, berkata bahawa arwah suaminya itu sebenarnya tidak meninggalkan sebarang harta kepada mereka anak-beranak.

Image_3.jpg

Mengakui tidak mahu membuka aib siapa-siapa berikutan isu ini, Nour terpaksa menceritakan hal sebenar kerana pihak sebelah sana (AR Badul) yang tampil berkongsi dahulu mengenai isu sensitif itu.

“Sebenarnya saya tak nak komen banyak dan kalau boleh saya taknak buka aib sesiapa pun termasuk arwah suami saya tapi saya terpaksa jelaskan perkara ini sebab pihak sana yang berkongsi dahulu. Netizen pun dah mula buat spekulasi yang tidak baik. Sejujurnya arwah suami saya sudah diisytihar muflis sejak perkahwinan pertamanya,” katanya.

Tambah Nour lagi, ketika dia berkahwin dengan arwah suami, Mejar Mohd Zahir tidak mempunyai apa-apa harta jadi baginya tiada apa yang hendak dituntut lagi sementelah pemergian suami tercinta.

Dalam pada itu, Nour juga memberitahu bahawa dia sudah menerima insuran kelompak dan telah membuat pembahagian mengikut jumlah caruman yang difaraidkan iaitu lebih RM5,00 kepada ibu mentua yang berada di Sabah dan ibu angkat arwah di Setapak. Advertisement

Dia turut memberi bahagian tersebut kepada anak-anak hasil perkahwinan dengan Allahyarham dengan cara menyimpan duit untuk masa depan namun mengakui tidak mempunyai kesempatan waktu untuk diberikan kepada AR Badul.

Image_4.jpg

“Memang sudah ada terima insuran kelompok tapi selepas saya merujuk kepada mahkamah dan bertanyakan kepada peguam, pengiraan jumlah caruman yang perlu difaraidkan hanya dalam Rm5,000 lebih. Atas dasar perikemanusiaan, saya beri lebih daripada sepatutnya.

“Cuma bahagian baba (AR Badul saya masih belum ada kesempatan untuk beri memandangkan kami tidak lagi berhubung. Kali terakhir bertemu masa majlis pengkebumian arwah dan tak pernah bertemu lagi sehingga kini,” jelasnya.

Nour walau bagaimanapun mengaku terpaksa menyekat nombor telefon Badul dan adik kepada arwah suaminya kerana terlalu menekan dan mendesak kepadanya berhubung dengan isu harta.

Allahyarham Mejar Mohd. Zahir, 36, merupakan pegawai komando daripada 11 Rejimen Gerak Khas dilaporkan telah meninggal dunia selepas terkena tembakan ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah.

Allahyarham Mejar Mohd Zahir telah meninggalkan seorang balu iaitu Nour Shafinar Harun, 32 dan lima orang anak termasuk dua daripada perkahwinan terdahulu arwah.

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

MASUK HOSPITAL – ANAK EYRA HAZALI ALAMI JANGKITAN PADA PARU-PARU

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker