Korban konflik Yaman cecah 233,000, OCHA gesa gencatan senjata

MOSCOW, 1 Dis — Jumlah korban akibat konflik dalaman di Yaman telah melebihi 230,000 orang, lapor agensi berita Sputnik, memetik Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA).

“Konflik di Yaman telah meragut 233,000 nyawa. Jumlah yang mengejutkan ini tidak dapat diterima,” ciap OCHA di Twitter.

“Yaman dalam keadaan genting. Gencatan senjata diperlukan SEKARANG.”

Negara itu dicengkam konflik dalaman antara pasukan pemerintah dan gerakan Houthi selama lebih enam tahun. Gabungan yang dipimpin Arab Saudi telah melakukan kempen serangan udara terhadap pemberontak Houthi sejak 2015, atas permintaan Presiden Abdrabuh Mansour Hadi.



Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah bersedia untuk mengisytiharkan gerakan Houthi sebagai pertubuhan pengganas, tetapi pegawai PBB meminta Washington untuk mempertimbangkannya semula, kerana bimbang langkah itu akan menyekat usaha kemanusiaan antarabangsa dan menggugat kemajuan menuju penyelesaian yang aman.

Krisis kemanusiaan di Yaman disifatkan yang terburuk di dunia.

Konflik Nagorno-Karabakh, Azerbaijan bebaskan 13 lagi kampung

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker