Lucas Kalang Laeng ketua jurulatih baharu Sabah FC

 

30/11/2020 06:23 PM

KOTA KINABALU, 30 Nov — Kelab Bola Sepak Sabah (Sabah FC) hari ini mengumumkan pelantikan Lucas Kalang Laeng sebagai ketua jurulatih baharu bagi menghadapi kempen Liga Malaysia (Liga-M) 2021.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Verdon Bahanda berkata beberapa calon telah dinilai bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan dan pemilihan Lucas untuk membimbing skuad Tambadau adalah berdasarkan kelebihan yang dimiliki jurulatih kelahiran Sarawak itu.

“Beliau memiliki lesen kejurulatihan Pro A dan jurulatih tersebut juga mempunyai kepakaran dalam bidang sains sukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Verdon berkata Sabah FC mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada bekas ketua jurulatihnya Kurniawan Dwi Yulianto dan bekas jurulatih kecergasan Sofie Imam Faizal selepas kontrak mereka tidak disambung musim depan.

Lucas pernah membimbing pasukan Sarawak pada musim 2019 dan antara sembilan jurulatih dari pasukan Liga-M menyertai Kursus Kejurulatihan Diploma Profesional AFC 2019-2020 modul keempat yang diadakan pada 1 hingga 14 Okt tahun lepas.

— BERNAMA

Peluang Harimau Malaya layak ke Piala Asia 2023 mungkin terjejas

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker