Pelakon watak Darth Vader Star Wars, Dave Prowse meninggal dunia

a635ada3431ba5852d4be9cf02fb0efb5fc4a83dc8e13Photo: Jens Büttner/dpa-Zentralbild/dpa

LONDON, 30 Nov — Dave Prowse, pemegang watak Darth Vader dalam trilogi asal “Star Wars”, meninggal dunia di sebuah hospital di sini pada usia 85 tahun, lapor Agensi Berita Xinhua.

Pengumuman mengenai kematian pelakon itu dibuat agensi Bowington Management di Twitter pada Ahad pagi tanpa menyebut punca kematian.

Dilahirkan pada 1935 di Bristol, barat daya England, Prowse adalah ahli angkat berat sebelum bergelar anak seni.

Beliau sering menampilkan susuk tubuhnya yang tinggi dan kuat, termasuk ketika memegang watak sebagai pengawal peribadi menerusi filem arahan Stanley Kubrick, “A Clockwork Orange”.

Penonton “selalu mengingati watak jahat itu,” kata Prowse dalam satu wawancara dengan BBC pada 2013 ketika ditanya mengapa beliau memilih watak antagonis dalam Star Wars.

Prowse memainkan watak di belakang baju besi dan helmet hitam Darth Vader untuk “Star Wars,” “The Empire Strikes Back,” dan “Return of the Jedi.” Watak itu kemudian dipegang pelakon lain.

Beliau meninggalkan isteri dan tiga orang anak.

— BERNAMA

Bersatu, BN, PAS, GPS, PBS dan STAR sokong penubuhan Perikatan Nasional

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker