SITI NURHALIZA SAHKAN HAMIL 4 BULAN – AAFIYAH BAKAL DAPAT ADIK

“Alhamdulillah. Hari ini 1 Disember 2020, saya dan suami membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang sudah pun berusia 4 bulan. Tiada niat untuk berdiam diri selama beberapa bulan ini namun saya dan suami berfikir, apabila tiba waktu yang sesuai, kami tetap akan berkongsi berita ini dengan semua, terutamanya keluarga, saudara mara, sahabat handai, para peminat dan sesiapa sahaja yang mengenali kami.

Image_1.jpg

“Saya memohon doa kalian supaya saya dan bayi di dalam kandungan diberikan kesihatan, dipermudahkan hari-hari saya ke depan ini sehinggalah saat melahirkan nanti. Terima kasih sekali lagi kepada kalian yang sangat memahami dan tidak putus mendoakan saya selama ini.

“Saya amat bersyukur di atas kurniaan Allah ini, anugerah yang sangat berharga kerana saya diberi peluang untuk hamil selepas Siti Aafiyah berusia dua tahun lebih. Alhamdulillah. Terima kasih semua dan doakan saya ya! #adikaafiyah #anakibu,” demikianlah tulis penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berkongsi berita gembira menerusi satu muat naik di laman Instagram miliknya hari ini.

Sejak bulan lalu hangat diperkatakan desas-desus mengenai Siti atau lebih mesra disapa Tokti hamil anak kedua. Bagaimanapun kini segalanya akhirnya terjawab apabila penyanyi tersohor negara itu sendiri mengesahkan bahawa dirinya sedang hamil anak kedua.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Siti berkata dia dan suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa tiada niat untuk merahsiakan kehamilannya itu tetapi menunggu waktu yang sesuai untuk umumkan perkara itu.

Mendedahkan usia kandungannya kini sudah mencecah empat bulan, Siti turut mengucapkan terima kasih diatas segala doa serta meluahkan rasa syukur diberi rezeki untuk hamil lagi selepas melahirkan Siti Aafiyah.

Pada 2015 Siti pernah mengalami keguguran dan kemudiannya berkongsi khabar gembira tentang kehamilannya dua tahun kemudian. Hasil perkongsian hidup bersama Datuk K, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Siti Aafiyah yang dilahirkan pada 19 Mac lalu dan kini sudah berusia 2 tahun.



Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

DITUDUH JUAL HADIAH SITI NURHALIZA KE PAJAK GADAI – AISHAH LUAH RASA BERANG

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker