Bach calon tunggal presiden IOC
Photo: Pool Photo via ZUMA Wire/dpa
02/12/2020 11:40 AM
LAUSANNE, 2 Dis — Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada Selasa mengumumkan presidennya Thomas Bach merupakan satu-satunya calon untuk pemilihan presiden, yang akan diadakan semasa Sesi IOC ke-137 di Athens pada Mac 2021.
Sebagaimana diputuskan Lembaga Eksekutif IOC, presiden terpilih akan memegang jawatan itu selepas Sukan Olimpik Tokyo 2020, yang akan berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos 2021.
Tempoh penggal pertama presiden ditetapkan selama lapan tahun. Sekiranya dipilih semula, penggalnya akan berakhir pada 2025.
Bach, 66, ialah peguam dari Jerman dan juara acara lawan pedang di Olimpik Montreal 1976.