K. Devan ketua jurulatih baharu Negeri Sembilan FC

01/12/2020 07:08 PM

SEREMBAN, 1 Dis — Bekas pengendali Petaling Jaya City FC (PJ City FC) K. Devan hari ini diumumkan sebagai ketua jurulatih baharu pasukan Liga Premier, Negeri Sembilan FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim hadapan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri dalam kenyataan di sini memaklumkan keputusan itu dicapai selepas sesi temu duga jawatan berkenaan yang dikendalikan ahli jawatankuasa eksekutif persatuan itu, semalam.

β€œSeperti yang semua sedia maklum, K. Devan, 59, adalah bekas pemain Negeri Sembilan dan jurulatih tempatan yang berpengalaman, selain beliau juga adalah antara jurulatih yang mengumpul trofi kejuaraan paling banyak sepanjang karier sebagai ketua jurulatih.



β€œAnak kelahiran Bahau, Jempol ini telah mencapai pelbagai kejayaan dengan kelab-kelab yang pernah dibimbingnya dan saya yakin dan percaya dengan pengalaman serta pencapaian yang beliau peroleh itu dapat membimbing pasukan untuk layak ke saingan Liga Super 2022,” kata Tunku Syed Razman, yang juga Tunku Besar Tampin.

Musim ini, Negeri Sembilan di bawah bimbingan ketua jurulatih Sazali Saidon menamatkan saingan Liga Premier pada kedudukan kedua tercorot daripada 12 pasukan selepas mencatatkan tiga kemenangan, dua seri dan enam kekalahan.

Peniaga rugi lebih RM90,000 ditipu ‘Ah Long’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker