Kuota pemain import lengkap, akan diumum dalam masa terdekat – TFC

02/12/2020 09:54 AM

KUALA TERENGGANU, 2 Dis — Terengganu FC (TFC) telah melengkapi kuota lima pemain importnya bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2021 dan senarai itu akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Hishamuddin Abd Karim.

Katanya beliau berpuas hati dengan kualiti pemain terbabit yang kini dalam proses dokumentasi.

“Pada saya dengan harga yang akan diberikan, Insya-Allah pasukan kita diharap menjadi pasukan yang mampu mencabar (pasukan lain),” katanya ketika ditemui pemberita selepas program Dialog Hala Tuju Bola Sepak Terengganu, di sini malam tadi.



Ditanya mengenai barisan pemain tempatan pula, Hishamuddin berkata pihaknya juga telah mempunyai senarai yang hampir lengkap dan akan mengumumkannya dalam masa terdekat.

Sementara itu, beliau berkata Terengganu FC II (TFC II) akan hanya menggunakan khidmat tiga pemain import pada musim depan berbanding kuota empat yang diperuntukkan, bertujuan mengoptimumkan tenaga pemain tempatan.

“Peranan TFC II dengan pemain import adalah sebagai ‘back-up’ kepada TFC dan mereka sebagai pembimbing kepada pemain tempatan kita dalam TFC II,” katanya.

Kertas siasatan kes rogol wanita Mongolia sudah lengkap – Polis

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker