MAHATHIR SEDIA JADI SAKSI KES AZMIN ALI

Mahathir vs Azmin Ali Sekadar Sandiwara Politik?

Mahathir Mohammad

Dua hari lepas Dr Mahathir menempelak Azmin Ali dalam tulisannya mendakwa apa yang Azmin sebutkan kepada wartawan merupakan tuduhan palsu.

Perang ‘Sabil’?

Hari ini, sekali lagi Dr Mahathir menyerang Azmin Ali menerusi satu kenyataan media. Beliau bersedia menjadi saksi di Mahkamah dalam satu saman pengundi Parlimen Gombak terhadap Azmin Ali.



Sebelum ini Azmin menyatakan Tun Mahathir merupakan penubuhan Perikatan Nasional adalah idea Mahathir. Bagaimanapun dakwaan tersebut dinafikan Mahathir dan beliau menyenaraikan dakwaan palsu Azmin terhadapnya. Paling mengejutkan ialah Mahathir sendiri menulis Azmin ada kaitan dengan satu video kontroversi.

Pautan kenyataan media Mahathir – https://www.facebook.com/12411993651/posts/10157876661148652/

Azmin Ali

Video Kontroversi Azmin Ali

Sehingga hari ini, Azmin Ali mengambil sikap berdiam diri terhadap tulisan Mahathir dan dakwaan Khairuddin Abu Hassan berkaitan video kontroversi. Perkara ini menimbulkan minat netizen yang mahu mengetahui samada serangan Mahathir terhadap Azmin kali ini hanya sandiwara untuk mengalih perhatian rakyat tentang kelemahan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau benar- benar mahu ‘menelanjangkan’ siapa sebenarnya Azmin Ali.



Mahathir Mohammad

Menarik sekali ‘perang’ antara Mahathir dan Azmin kali ini. Adakah kali ini serangan akan berbalas atau sekadar untuk mengalih perhatian rakyat terhadap kelemahan PPBM dalam Perikatan Nasional yang disifatkan sebagai sebuah kerajaan yang ‘Tidak Stabil’? Dengan 114 sokongan Ahli Parlimen, momentum bagi mengekalkan penguasaan kerajaan sehingga tamat mandat PRU14 menjadi sukar.

Apa yang perlu dilakukan kerajaan ialah membina kepercayaan rakyat terhadap kemampuan Perikatan Nasional mentadbir negara dengan sokongan dari PAS, BN, GRS dan GPS adalah kuat. Bagaimanapun sesetengah kenyataan dari ahli politik tidak memberi gambaran selari dan mereka lebih kepada watak ‘Tikus membaiki labu’.

Azmin Ali Ketua Penerangan Perikatan Nasional

Meletakkan Azmin Ali di posisi penerangan merupakan satu ‘bala’ buat Perikatan Nasional. Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Presiden PKR telah berpaling sokongan dan menyertai PPBM selepas Pakatan Harapan tumbang. Sudah pasti musuh politik Azmin bertambah kerana ahli PKR melabelkan beliau dan ‘kartel’ adalah pengkhianat parti.



Didalam PPBM sendiri, kedudukan istimewa yang diberikan kepadanya sudah pasti menimbulkan ketidakselesaan bagi mereka yang bertanding bagi merebut jawatan dalam heraki parti. Seorang yang baru menyertai parti, diberikan kedudukan istimewa tanpa perlu susah payah bertanding kini lebih tinggi nilainya daripada mereka yang setia kepada PPBM sejak penubuhan parti itu.

Azmin Perlu Tampil Jawap Mahathir

Seharusnya Azmin Ali perlu tampil mempertahankan dirinya dari serangan bertali arus dari Dr Mahathir dan Khairuddin Abu Hassan sebagaimana dakwaan mereka terhadap dirinya. Keputusan terletak di tangan beliau dan beliau mempunyai pilihan samada melawan atau berdiam diri dan membiarkan persepsi negatif terus membayanginya.

AZMIN ALI PERLU JAWAP DAKWAAN KHAIRUDDIN

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button