Polis tahan lelaki ludah, maki pekerja kedai runcit

 

IPOH, 2 Dis — Polis telah menahan serta mengenakan tindakan kompaun terhadap lelaki yang mengeluarkan kata-kata kesat serta meludah seorang pekerja wanita selepas berang ditegur tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam kejadian di sebuah kedai runcit di sini pada Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A Asmadi Abdul Aziz berkata pihaknya menahan lelaki berusia 47 tahun itu pada 8.45 malam tadi selepas menerima laporan daripada mangsa kira-kira 2.50 petang semalam.

Katanya dalam kejadian 8.40 malam pada Isnin lepas di sebuah kedai runcit di Lahat di sini, wanita itu bertindak menegur suspek yang merupakan pelanggan kedai runcit berkenaan kerana melanggar SOP ditetapkan.

“Apabila ditegur, suspek mengeluarkan kata-kata makian serta meludah mangsa dan hampir mencetuskan pergaduhan sebelum berjaya dihalang oleh pekerja yang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini sebagai mengulas insiden itu yang tular di media sosial.

Katanya siasatan mendapati suspek memiliki tiga rekod lampau berkaitan kes jenayah dan mengaku berada dalam keadaan mabuk semasa kejadian.

Sehubungan itu kata beliau kes tersebut dianggap selesai dan orang awam dinasihati supaya tidak menularkan rakaman video kejadian berkenaan yang boleh mendatangkan kemudaratan dan menggugat keharmonian antara kaum.

Jual pelitup muka lebih harga siling, pemilik premis runcit dikompaun RM10,000

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker