Budak 4 tahun alami radang teruk dikaitkan dengan COVID-19

Budak 4 tahun alami radang teruk dikaitkan dengan COVID-19

Budak 4 tahun alami radang teruk dikaitkan dengan COVID-19

SINGAPURA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang mengalami gejala radang teruk dan jarang berlaku dikaitkan dengan COVID-19 kini dibenarkan keluar dari unit jagaan rapi (ICU).

Mangsa yang disahkan menghidap sindrom keradangan berbilang sistem pada kanak-kanak (MIS-C) itu dibenarkan keluar kelmarin selepas diletakkan di ICU selama lebih seminggu.

Ibunya, Marilyn Cacanindin, 39, berkata anaknya, Muhammad Ali Zafir Mohamed Azmi, dipindahkan ke wad pergantungan tinggi (HDW) di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH), lapor The Straits Times (ST).

Ali Zafir ditempatkan di ICU pada 1 November lalu, hari beliau dimasukkan ke KKH kerana mengalami gejala termasuk demam panas berterusan, menggigil dan muntah.

Di ICU, mangsa dibantu alat pernafasan sehingga beliau dikeluarkan pada 7 November lalu.

Marilyn memberitahu ST bahawa anaknya itu masih tidak boleh duduk tanpa dibantu dan pakar fisioterapi membantunya bersenam untuk mendapatkan semula kekuatannya.

Kanak-kanak itu masih belum boleh makan makanan pejal, tetapi sudah mula minum susu dalam kuantiti yang sedikit.

Gejala lain yang dialaminya termasuk terjaga secara tidak sengaja semasa tidur, lebam pada anggota badan dan sakit perut yang teruk.

Mangsa disahkan menghidap sindrom MIS-C, yang boleh merosakkan pelbagai organ, termasuk otak dan ginjal.

Punca gejala itu masih belum diketahui tetapi dilihat pada kanak-kanak yang dikatakan sudah pulih daripada COVID-19 tanpa sebarang kesan sebelumnya.

Lima daripada kira-kira 8,000 kes COVID-19 pediatrik di Singapura didiagnos sebagai MIS-C, dengan kes terbaru diumumkan Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, semasa sidang media Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) baru-baru ini. – AGENSI

Budak 4 tahun alami radang teruk dikaitkan dengan COVID-19


Disyorkan Untuk Anda :


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker