AS sekat import kapas dihasilkan XPCC

03/12/2020 01:32 PM

WASHINGTON, 3 Dis — Amerika Syarikat (AS) pada Rabu melarang import produk kapas yang dihasilkan Xinjiang Production and Construction Corps (XPCC), susulan maklumat yang mendakwa terdapat kerahan tenaga buruh paksa, lapor Agensi Anadolu.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri berkata pegawai Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) di semua pintu masuk akan menyekat penghantaran XPCC, sebuah pertubuhan ekonomi dan separa tentera yang mendapat manfaat daripada barangan dihasilkan buruh paksa dari Wilayah Autonomi Xinjiang Uighur.

“Pejabat perdagangan CBP mengeluarkan arahan Perintah Pelepasan Tahan (WRO) terhadap produk kapas yang dibuat XPCC. Larangan itu tertakluk untuk semua kapas dan produk kapas dihasilkan XPCC dan entiti di bawahnya,” kata agensi itu dalam satu kenyataan.

Pada Julai, Washington menyenarai hitam XPCC, kerana didakwa turut terlibat dalam tindakan keras Beijing terhadap masyarakat Uighur Islam-Turki di Xinjiang. Turut disenarai hitam bekas pegawai operasi XPCC Sun Jinlong dan pegawai pemerintah China dan komandan XPCC Peng Jiarui.

Bagaimanapun, China berulang kali menafikan tuduhan itu.

Polis Perlis perketat rondaan Di jalan tikus sekat penyeludupan ketum

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker