UMNO sentiasa menyokong usaha menjaga kesucian agama Islam

 

Oleh Pena Merah

UMNO sentiasa menyokong usaha menjaga kesucian agama Islam
Mohamad Hasan (duduk, kiri sekali) bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika hadir ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA di Wisma MCA, Kuala Lumpur.

UMNO optimis dalam apa-apa usaha pemerkasaan mahkamah Syariah termasuklah pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menggubal enakmen undang-undang agama Islam.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berpendirian untuk menyokong apa jua usaha berkaitan perkara itu bagi terus membela dan menjaga kesucian agama Islam di termasuk mengekang apa-apa masalah pada masa depan.

“Andai ada apa-apa keperluan melakukan apa-apa pindaan atau reformasi undang-undang, kita akan segera melakukannya. Menteri dan pihak-pihak yang berkaitan untuk melihat sama ada ada keperluan ataupun tidak.



“Ini supaya ia tidak lagi berulang kerana ini akan mencemarkan sendiri sistem kehakiman ataupun perundangan syariah itu sendiri,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MCA di sini hari ini.

Mohamad Hasan yang juga Menteri Luar Negeri menjawab soalan media jika UMNO bersedia untuk menyokong sebarang pindaan Perlembagaan dan undang-undang bagi memperkasa mahkamah dan undang-undang syariah di Malaysia.

Mahkamah Persekutuan semalam mengisytiharkan 16 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, terbatal dan tidak sah untuk dikuatkuasakan di negeri itu.

Panel hakim seramai sembilan orang yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan majoriti 8-1 bagaimanapun memutuskan dua peruntukan iaitu Seksyen 13 dan Seksyen 30 adalah sah.



Ini merupakan petisyen peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman yang mencabar 18 peruntukan tersebut.

Dalam pada itu, Mohamad Hasan juga menjelaskan keputusan itu sebenarnya tidak menjejaskan martabat dan kedudukan mahkamah Syariah dan agama Islam.

MalaysiaGazette

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker