Bekas KPN galas tugas Pengerusi Inix


Tan Sri Mohamad Fuzi Harun

02/12/2020 10:04 PM

KUALA LUMPUR, 2 Dis — Hartawan Macau, Wan Kuok Koi meletak jawatan sebagai pengerusi bebas dan bukan eksekutif Inix Technologies Holdings Bhd, berkuat kuasa hari ini.

Berikutan itu, bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Mohamad Fuzi Harun akan menggalas tugas tersebut, kata kenyataan syarikat berkenaan kepada Bursa Malaysia.



Pada masa ini, Mohamad Fuzi merupakan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Jaya Tiasa Holdings Bhd dan Tropicana Corporation Bhd selain pengarah dalam beberapa syarikat sendirian berhad.

Menurut syarikat itu, Wan melepaskan jawatan tersebut bagi meneruskan usaha membabitkan kepentingannya yang lain.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker