Bersatu Kena ‘Bersatu’, Penyatuan Ummah Diharap Tidak Sekadar Retorik Semata-mata – Hasmuni

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang juga Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menegaskan parti-parti Melayu perlu bersatu bagi mengukuhkan penyatuan ummah diharap tidak wajar menjadi retorik semata-mata adalah berasas.

Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Hasmuni Hassan berkata serentak itu paling wajar dan ideal ialah parti Bersatu kembali menyertai UMNO yang jelas mempunyai ideologi, orientasi dan hala tuju yang sama.

‘’Saya bersetuju dengan saranan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bahawa gesaan Muhyiddin itu tidak wajar menjadi retorik semata-mata. Maka, hanya langkah ini sahaja yang akan mengukuhkan penyatuan ummah setelah UMNO dan PAS bersatu melalui Muafakat Nasional (MN).

‘’Permuafakatan MN telah menunjukkan hasil dan impak yang amat positif dan terbukti dalam beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini. Logiknya kita tidak perlu membanyakkan lagi kemunculan parti Melayu yang hanya lebih memecah-belahkan dan menyukarkan penyatuan ummah,’’ katanya dalam satu kenyataan media kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.



 

 

 

Tambah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu itu lagi, selepas kekalahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, UMNO telah melalui proses rejuvenasi dan pembaharuan total.

‘’Jika Bersatu masih mahu menjenamakan Perikatan Nasional (PN) dan mahu semua parti bernaung di bawahnya, ia hanya menunjukkan ego Bersatu ketika memiliki sedikit kuasa ketika ini. Itupun atas ihsan UMNO yang menyokong PN walaupun tidak menyertainya. Jika beberapa ahli Parlimen menarik sokongan kepada PN, PN akan jatuh pada bila-bila masa.

‘’Isunya bukan itu. Isunya ialah adalah lebih baik Bersatu kembali ‘bersatu’ dengan UMNO di mana semangat penyatuan itu lebih mudah daripada membina sesuatu yang baharu,’’ ujarnya. – UMNO Online

Oleh: Azman Abas



Kerajaan negeri diharap lebih agresif tarik pelabur bagi tangani impak COVID-19 – Mohd Ali

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker