BILA LAGU CIK B, ‘TOLONGLAH’ TRENDING NO 1 DI YOUTUBE
“TOLONGLAH @cikb_havoc66. TQ SEMUA.. SINGLE CIK B.. TOLONGLA.. TRENDING #1 . DALAM MASA 1 HARI. TQ TQ TQ,” demikianlah tulis usahawan kosmetik Datuk Seri Vida yang terharu apabila muzik single pertama anaknya, Cik B berjudul ‘Tolonglah’ yang dilancarkan pada 1 Disember lalu itu kini trending nombor satu di saluran YouTube.
Datuk seri Vida berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya pagi tadi. Setakat pada pukul 3.45 petang tadi, lagu nyanyian gadis berusia 15 tahun itu sudah meraih sebanyak 754,979 jumlah tontonan. Berita gembira itu turut dikongsikan oleh DSV menerusi Instagramnya pagi tadi.
Dalam entri yang dimuat naik itu, Datuk Seri Vida mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah mendengar lagu tersebut dan buat mereka yang sentiasa memberikan sokongan kepada Cik B.
Untuk makluman, lagu ‘Tolonglah’ merupakan lagu ciptaan komposer muda Yonnyboii, manakala liriknya pula ditulis Datuk Seri Vida dan Cik B. Single berkenaan merupakan sebuah lagu tentang kehidupan sebenar Cik B yang harus melalui pelbagai cabaran semasa dibesarkan.
Klik untuk gambar besar
VIDA DAKWA SUAMI TAK BERI NAFKAH BULANAN SEJAK BERPISAH 2008