PN pancing undi dengan air percuma

Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, menyampaikan bantuan persekolahan kepada pelajar.

Kota Tinggi: “Kempen bagi air percuma ni nak pancing undi. Bila sudah dapat (menang), jangan jadi macam Selangor,” kata Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) Selangor Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Beliau mengulas mengenai tawaran air percuma yang dikemukakan Perikatan Nasional (PN) dalam manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Noh berkata, tindakan itu PN dilihat hanya meniru trend kerajaan Selangor untuk memancing pengundi.



“Isu di selangor dulu, rakyat terpengaruh kerana air percuma. Jadi dia nak ambil trend itu,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan oleh Yayasan Bank Rakyat di Dewan Semai Bakti di Felda Easter, dekat sini, hari ini.

Pada Rabu, PN membuat tawaran air percuma sebanyak 20 meter padu kepada isi rumah berpendapatan rendah di Johor sekiranya menang dalam pilihan raya negeri itu pada 12 Mac ini.

Pemberian air percuma berkenaan merupakan antara tawaran yang terkandung dalam Ikrar Manifesto PN yang dilancarkan di sini, Rabu lalu.

Mengenai janji PN untuk menyelesaikan isu perumahan generasi baharu generasi kedua Felda di Johor.



“Isu berkenaan tidak pun diselesaikan sebelum ini meskipun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pernah menerajui kerajaan negeri Johor sebelum ini.

“Kalau nak buat, lama dah buat. Jadi MB (Menteri Besar) dua kali, kenapa tak buat?

“Kerana sekarang nak buat? Rakyat Johor, jangan terpengaruh,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker