PU RIZ HADIAHKAN BUKU TAJWID – NEELOFA GUNA EMOJI BUNGA TUTUP ‘PANGGILAN MANJA’?

Nampaknya nama Noor Neelofa kembali hangat diperkatakan netizen selepas pelakon, pengacara dan usahawan itu bertindak memuat naik gambar di Insta Storynya baru-baru ini dengan memaparkan sebuah buku tajwid yang dihadiahkan oleh pendakwah yang juga pelakon, PU Riz.

Hal ini demikian kerana, buku yang memaparkan tulisan yang menitip kata-kata daripada PU Riz itu khabarnya menjadi perhatian netizen kerana Neelofa dilihat tampil menutup suatu perkataan dengan emoji bunga dan hanya memperlihatkan huruf jawi yang berbunyi ‘Ha’ dan ‘Ba’.

Menurut laporan media, andai disambung huruf ‘Ha’ dan ‘Ba’ ia akan menjadi perkataan Hubun dalam bahasa Arab yang bermaksud ‘love’. Tidak ketinggalan, Nota itu juga turut disertakan petikan hadis untuk diingati bersama.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Malah, di penghujung posting itu juga, Neelofa yang kini telah nekad berniqab turut mendoakan agar kehidupan bakal suaminya itu sentiasa diberkati dan drmirahmati oleh Allah S.W.T.

Untuk rekod, ibu Neelofa iaitu Noorkartini tampil memaklumkan kepada umum bahawa anaknya itu telah dirisik oleh PU Riz dalam satu majlis ringkas yang dihadiri kedua-dua belah keluarga serta saudara mara terdekat.



Rentetan itu, wujud juga segelintir pihak seakan tidak segan membuat spekulasi bahawa pasangan itu akan mendirikan rumah tangga beberapa bulan lagi.

Image_3.jpg

IBU LUAH RASA SYUKUR – TERIMA CINCIN & DIRISIK, NEELOFA & PU RIZ BAKAL NIKAH MAC 2021?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button