Affendi Zahari dilantik Pengerusi PKB baharu


Datuk Affendi Zahari

04/12/2020 12:58 AM

KUALA LUMPUR, 3 Dis — Datuk Affendi Zahari dilantik semula sebagai Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) yang baharu untuk tempoh 2 tahun berkuat kuasa 19 Okt.

PKB dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan itu bagi mengantikan Tan Sri Ambrin Buang yang menamatkan tempoh perkhidmatan sebagai pengerusi PKB pada 18 Okt lepas.

Sebelum ini, Affendi Zahari pernah menjawat jawatan Pengerusi PKB selama 3 tahun bermula 3 Ogos 2015 hingga 15 Ogos 2018.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Undang-undang LLB daripada Universiti Buckingham pada 1988 dan memperolehi Sijil Amalan Guaman di Malaysia pada 1992.

Menurut PKB, pihaknya yakin pengalaman, pengetahuan dan kredibilti Affendi akan menjadi kekuatan dalam menambah baik perancangan dan pelaksanaan PKB, untuk membangunkan Kampong Bharu.

“Seluruh warga kerja PKB menyambut baik pelantikan ini dan berharap pengerusi itu dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab diberikan dengan sebaiknya, demi bangsa dan agama,” menurut kenyataan itu.

Yusof Ismail dilantik sebagai KP MAMPU baharu

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker