ALIF SATAR BERSYUKUR BEBAS COVID-19, DIBENARKAN PULANG – IBU, BAPA, ADIK & DATUK TURUT SAMA

“Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi atas segala nikmat, rezeki, kesihatan dan kebahagiaan yang dikurniakanNya. Sukacita saya ingin berkongsi, selepas 12 hari dikuarantin di Hospital Melaka serta atas berkat doa seluruh rakyat Malaysia buat saya sekeluarga, saya kini kembali sihat dan sudah berada di pangkuan keluarga tersayang,” kata penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar yang bersyukur akhirnya kini bebas sepenuhnya dari Covid-19.

Alif yang discaj dari Hospital Melaka pada 2 Disember lalu, kini sudah berada di pangkuan keluarga tersayang. Alif difahamkan meluangkan masa bersama kedua ibu bapanya terlebih dahulu sebelum berjumpa dengan isterinya, Sha Dila Hadid dan anak-anak Alif iaitu Alisha Anugerah, 5, Ariana Mecca, 3 dan Muhammad Ali, 1, hari ini.

Isteri dan anak-anaknya menjalani ujian swab Covid-19 hari ini dan mereka berjumpa selepas masing-masing disahkan negatif. Mahu melepaskan rindu selepas berjauhan dengan keluarga lebih dua minggu, Alif mengambil keputusan untuk bercuti dan meluangkan masa bersama keluarga beberapa hari sebelum memulakan kerja.



“Selepas berjauhan dengan isteri dan anak-anak, saya yakin ramai yang tahu dan dapat rasakan betapa berat perasaan rindu, jadi saya mengambil beberapa hari untuk meluangkan masa bersama seluruh ahli keluarga sebelum saya kembali bekerja seperti biasa,” tuturnya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Sementara itu, penyanyi lagu ‘I Want You To Love Me’ itu meminta agar semua menghentikan stigma negatif terhadap pesakit Covid-19 kerana budaya itu sangat tidak baik untuk diamalkan.



“Di sini, ada sesuatu yang serius saya ingin tekankan. Saya menyeru agar seluruh rakyat Malaysia menghidupkan cogan kata ‘kita jaga kita’ dengan sepenuh jiwa bukan sahaja bagi membendung wabak ini, tetapi ‘kita jaga kita’ melalui kerjasama komuniti dalam melawan Covid 19.

“Maka, hentikanlah stigma negatif, memulau, mengasingkan dan memandang serong mereka yang terkesan dengan wabak ini. Tiada siapa yang minta untuk dijangkiti. Budaya negatif ini bukanlah ciri-ciri yang baik sebagai rakyat Malaysia terutama sekali buat kita yang beragama Islam, agama yang menitik beratkan sifat kasih dan sayang bukan sahaja menjaga hubungan dengan Allah tetapi juga sesama manusia,” tegas Alif.

Image_3.jpg

Selain itu, Alif mengucapkan terima kasih kepada semua yang prihatin terhadap dirinya terutama pihak serta individu yang terlibat dekat dengannya sebelum disahkan positif Covid-19.



“Saya ucapkan terima kasih dan penghargaan buat semua pihak terutama sekali pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), produksi MuzikMuzik, JS Pictures dan semua rakan industri saya yang cukup prihatin atas segala yang berlaku dan bertindak pantas, mengambil tanggungjawab mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan mengambil ujian saringan sejurus selepas saya disahkan positif Covid-19.

“Sesungguhnya, rasa syukur yang tidak putus-putus saya lafazkan buat Maha Kuasa apabila dimaklumkan bahawa semua yang terlibat di set penggambaran, rakan-rakan artis dan krew produksi MuzikMuzik negatif dan bebas dari Covid-19. Saya pasti ada hikmah atas apa yang berlaku, saya cukup terharu apabila menerima banyak titipan doa, mesej kata-kata semangat dari seluruh rakyat Malaysia.

Image_3.jpg

“Keluarga saya yang turut terkesan, menerima sokongan dari ahli keluarga, rakan-rakan malah komuniti jiran tetangga saya turut membantu tidak kira dari sokongan moral dan tenaga bagi meringankan bebanan dan kerisauan yang harus kami lalui,” kata Alif yang juga turut memberi penghargaan kepada doktor serta jururawat yang berada di barisan hadapan di Hospital Melaka dan Hospital Sungai Buluh terutamanya yang menjaga diri dan keluarganya sebelum ini.



Sementara itu, Alif berkata, ibu bapa, adik dan datuknya yang sebelum ini disahkan positif COVID-19, sudah dibenarkan pulang. Alif mengaku rindu berjauhan dengan isteri dan anak tersayang: “Ini ujian paling hebat dan teruk merindukan insan tersayang. Perasaan ini berbeza apabila kita berjauhan kerana bekerja. Memang tidak rela ujian ini, tetapi terpaksa dilalui,” tuturnya.

Alif percaya ada hikmah terselindung di sebalik apa yang terjadi: “Ada sebab saya diuji. Mungkin sebelum ini, pesakit COVID-19 tidak ada suara untuk menzahirkan apa yang dilalui. Ini termasuk stigma dan pandangan orang terhadap pesakit dan bekas pesakit COVID-19. Insya-Allah saya cuba guna platform yang ada seperti IG untuk berkongsi pengalaman dan mendidik masyarakat. Sebenarnya, kita patut sokong mereka yang terkesan dan bukan dengan memulaukan atau memberi pandangan serong,” ujarnya.

Pada 22 November lalu, pengacara program realiti Big Stage itu membuat kejutan melalui entri Instagram miliknya apabila mengesahkan laporan ujian saringan COVID-19 yang dibuat ke atasnya, menunjukkan keputusan positif.

Image_5.jpg



Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

ALIF SATAR TERKENANG MEMORI DI KEM PLKN PRINCESS HALIZA: “MANA WIRA WIRAWATI NEGARA SEKARANG…”



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button