COVID-19: Pameran Udara Antarabangsa Arab Saudi 2021 ditunda

03/12/2020 08:25 PM

RIYADH, 3 Dis — Saudi Aviation Club mengumumkan pelancaran Ekspo Antarabangsa Penerbangan dan Angkasa Lepas “Pertunjukan Udara Antarabangsa Arab Saudi” musim kedua, yang dijadual berlangsung di lapangan terbang Al-Thimama di Riyadh awal 2021 ditangguhkan demi keselamatan peserta dan pelawat di tengah-tengah kebangkitan gelombang kedua COVID-19 di kebanyakan negara.

Menurut Agensi Berita Arab Saudi, kelab itu telah menerima pengesahan jemputan daripada 500 peserta pameran tempatan dan luar. Namun, beberapa syarikat keberatan untuk mengadakan acara itu ketika gelombang kedua pandemik di tambah dengan dengan kesukaran pengangkutan dan kewangan syarikat.



Ekspo musim kedua itu dijangka berlangsung lebih meriah berbanding yang pertama pada 2019, dengan jangkaan kehadiran lebih 20,000 pengunjung, dan penyertaan melebihi 80 pesawat serta 267 syarikat tempatan dan antarabangsa.

Dijangka 57 negara akan menyertainya dan menyaksikan pemeteraian 15 memorandum persefahaman.

Ekspo kali kedua ini dirancang mengetengahkan persidangan dan perbincangan antara lain mengenai angkasa lepas, satelit, dron, robot dan latihan penerbangan.

Arab Saudi buka ruang udara kepada penerbangan Israel



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button