Feri Marine Star 2 terkandas di laluan Kuah-Kuala Perlis


Feri MARINE STAR 2

04/12/2020 02:40 AM

KUALA LUMPUR, 3 Dis — Feri MARINE STAR 2 bersama 373 penumpang terkandas selepas setengah jam bertolak dari Terminal Penumpang Kuah, Langkawi menuju ke Terminal Penumpang Kuala Perlis.

Jabatan Laut Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan susulan insiden itu, pihak operator feri telah menunda feri MARINE STAR 2 kembali ke Terminal Penumpang Kuah dan kesemua penumpang diminta menaiki feri gantian untuk meneruskan perjalanan ke jeti Kuala Perlis pada 12.19 tengah hari.



Menurut kenyataan itu, hasil daripada maklumat awal yang diperolehi kejadian dipercayai berlaku akibat penapis diesel feri tersumbat dan syarikat feri terbabit diberi peringatan agar memastikan insiden berkenaan tidak berulang.

Jabatan Laut Malaysia melalui Jabatan Laut Wilayah Utara (JLMWU) telah menubuhkan satu pasukan untuk menyiasat punca sebenar kejadian.

“Jabatan Laut Malaysia melalui JLMWU sentiasa memastikan kesemua feri yang digunakan berada dalam keadaan terbaik bagi memastikan penumpang menikmati sistem pengangkutan yang selesa dan selamat serta memastikan tindakan sewajarnya segera diambil jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini,” menurut kenyataan itu.

Jabatan Laut Malaysia juga mengingatkan orang ramai agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.



Tiga beradik warga Malaysia terkandas di Thailand

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button