Gempa bermagnitud 5.0 gegar tenggara Turki

03/12/2020 05:13 PM

SIIRT/ANKARA (Turki), 3 Dis — Gempa bumi berkekuatan 5.0 pada skala Richter dilaporkan melanda wilayah Siirt tenggara Turki pada Khamis pagi, lapor Agensi Anadolu, memetik agensi pengurusan bencana negara.

Gegaran berlaku pada kedalaman 14.02 kilometer di daerah Kurtalan pada 8.45 pagi waktu tempatan (0545GMT), kata Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD).



Setakat ini, tiada laporan mengenai kemalangan jiwa diterima, tambah AFAD.

“Tiada kerosakan di daerah Siirt dan Kurtalan. Pasukan penyelamat masih menjalankan pemeriksaan di kawasan pedalaman,” kata Gabenor Siirt, Osman Hacibektasoglu.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button