“HAPPY BELATED BIRTHDAY KEKANDA AWIE… TAHNIAH BAKAL TIMANG CAHAYA MATA” – ERRA

Pasti anda tahu mengenai kisah Erra Fazira dan Awie Wings yang suatu ketika dulu mereka merupakan pasangan yang hangat diperkatakan. Di saat kemuncak mereka di dalam karier masing-masing sebagai penyanyi dan pelakon, mereka kelihatan sangat secocok.

Tetapi jodoh itu ketentuan Allah. Masing-masing membawa haluan sendiri apabila percintaan mereka putus di tengah jalan. Apatah lagi laluannya tidak ‘cantik’ sehinggakan mereka tidak bertegur sapa.

Tapi itu dulu! Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, primadona Erra Fazira dan raja rock Datuk Awie sudah mula membina kembali persahabatan mereka.

Dalam satu entri yang dimuat naik di laman Instagram milik Erra, dia telah berkongsi gambar dan video pendek ketika di set penggambaran bersama Awie.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Hadiah belated birthday kepada kekanda yang budiman @awieofficial. Alhamdulillah segala onak duri berjaya ditempuh hingga menjadikan kekanda Datuk @awieofficial satu nama besar di persada seni tanah air. Alhamdulillah,” tulis Erra.

Pada masa yang sama, Erra turut mengucapkan tahniah kepada Awie dan isteri, Datin Sharifah Ladyana yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

“Tahniah buat Datuk dan Datin yang bakal menimang cahaya mata tak lama lagi. Semoga seisi keluarga sentiasa dalam rahmat Allah, berjaya dan bahagia zahir batin, dunia akhirat,” doa Erra.

Image_3.jpg

Erra turut berlakon dalam telefilem yang dihasilkan oleh syarikat produksi milik Awie, Rumah Produksi Merah, dan selain turut berlakon Awie juga bertindak sebagai penerbit.

Telefilem komedi seram yang diberi judul ‘Sue-On’ itu bakal ditayangkan di Astro First tidak lama lagi. Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman dan Sharifah Ladyana Syed Samsuddin mendirikan rumah tangga pada 7 Oktober 2016.

Terdahulu, Awie pernah berkahwin dengan penyanyi dan pelakon Arni Nazira pada tahun 1998 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Puteri Aleeya Antasha, 19, dan Puteri Aleefa Antasha, 17.

Selepas perkahwinan mereka gagal, Awie bernikah dengan Rozana Misbun adik kepada aktres Haliza Misbun pada 2006. Awie dan Rozana memiliki tiga orang anak hasil daripada perkahwinan mereka, iaitu Putra Ahmad Merrah,11, Putra Ahmad Rezzki, 10; dan Puteri Qasseh Antasha, 8.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *