Judi dalam talian : 28 orang ditahan – polis

04/12/2020 12:23 AM

KUALA LUMPUR, 3 Dis — Seramai 28 warga China termasuk seorang wanita ditahan dalam Op Dadu dalam serbuan di dua unit kediaman yang dijadikan ‘pusat panggilan’ bagi aktiviti judi dalam talian di Changkat Duta Kiara, Mount Kiara, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar berkata, kesemua mereka yang berusia dalam lingkungan 25 hingga 45 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, antara jam 3 hingga 6.10 petang.



Beliau berkata hasil risikan yang dijalan pihaknya, sindiket berkenaan dipercayai telah beroperasi sejak dua minggu yang lalu.

“Kesemua suspek tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah dan mereka dibawa ke IPD Brickfields untuk tindakan selanjutnya.

“Dalam serbuan terbabit, polis turut merampas pelbagai barang antaranya 22 komputer riba, 112 telefon bimbit, empat modem, empat kad akses dan enam anak kunci,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata lagi, sindiket berkenaan menjalankan modus operandinya dengan mempromosikan kegiatan judi dalam talian menggunakan media sosial iaitu WeChat dengan menyasarkan pelanggan di China.



“Ketika serbuan, rata-rata warga asing itu tak dapat bercakap bahasa inggeris, sukar berkomunikasi,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti dalang sindiket berkenaan yang dipercayai merupakan individu tempatan.

Kes ini disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta Imigresen 1959/1963.

Disyaki terlibat Macau Scam, judi dalam talian, 20 anggota dan pegawai polis ditukar



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button