KERJA AMAL – USTAZ EBIT LEW AKUI MEMANG SENGAJA MENUNJUK-NUNJUK TAPI BERSEBAB

Pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew dilihat tidak berhenti-henti menghulurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan dan mereka yang memerlukan, sejak penularan COVID-19 di Malaysia sejak awal tahun.

Sering berkongsi kisah disebalik tabir kerja kebajikan kepada umum, Ustaz Ebit akui tindakan yang dilakukannya itu mahu mengajak lebih ramai orang berbuat kebaikan. Katanya, program realiti, Jejak Ebit Lew diterbitkan bagi menarik lebih banyak pihak membantu golongan memerlukan

“Selama ini, saya kongsi di Facebook (FB) dan Instagram (IG) sahaja. Tapi kali ini, saya mahu lebih meluas kerana di luar sana, ramai yang perlu dibantu. Saya paparkan nombor untuk dihubungi, telefon saya ‘stuck’ (tersangkut) sebab penuh dengan mesej.



“Malah, bayangkan, setiap tiga hari, pasukan saya menghantar 1,000 set makanan dan keperluan bernilai antara RM60,000 sehingga RM70,000… Itu pun tidak menyeluruh,” jelasnya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Melihatkan keadaan apabila hampir setiap negeri mempunyai penduduk susah, Ustaz Ebit berkata selepas beliau berkongsikan kerja kebajikannya ramai sahabatnya turut turun padang menghulurkan bantuan.



“Jadi, apabila diuar-uarkan dalam program ini, kita dapat menarik pihak yang berminat membantu. Saya tahu orang di Malaysia berlumba-lumba mahu membuat kebaikan.

“Apabila kita tunjuk contoh baik begini, mudah-mudahan lebih ramai yang dibantu. Sebelum ini, ramai sahabat saya tidak pernah terlintas untuk membuat kerja khidmat masyarakat.

“Namun, selepas saya berkongsi, mereka turun padang. Mana tahu, selepas saya sudah tiada, ada orang akan meneruskan usaha kebajikan apabila melihat program disiarkan Astro Prima ini,” ujarnya.

Image_3.jpg



Sudah mula melakukan kerja amal sejak usia 12 tahun, Ustaz Ebit tidak menyalahkan mereka yang menuduh dirinya menunjuk-nunjuk kerana niatnya adalah untuk menarik ramai orang untuk melakukan kebajikan.

“Orang kata saya menunjuk? Memang saya sengaja hendak tunjuk. Saya mahu wujudkan perasaan kekeluargaan antara kita. Saya hendak beritahu kita semua keluarga besar.

“Usaha ini membuatkan kita bersatu hati. Apabila kita bersatu hati, rahmat Allah akan turun. Rezeki dan rahmat kita ditarik apabila kita bergaduh antara satu sama lain.

“Perpecahan boleh membuatkan masyarakat rosak. Jadi, hendak tarik rahmat bagaimana? Kita kena bantu semua orang tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.



Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

USTAZ EBIT LEW BANTU LAPAN ADIK BERADIK SUSAH, BAGI RUMAH BARU & HANTAR PERGI MADRASAH



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button