Punca Kejatuhan MB Perak – Kerajaan Perak didesak tidak jual Ladang PT Pinang

Kehilangan sokongan pada MB Perak dipercayai berpunca dari beberapa perkara yang tidak disenangi UMNO Perak.

Dua isu utama ialah penjualan ladang sawit 15,000 hektar milik kerajaan negeri secara rundingan terus tanpa tender dan pelantikan ADUN UMNO sebagai Setiausaha Politik MB Perak.

Pada tahun lepas, Allahyarham ADUN Slim UMNO telah memberi amaran kepada kerajaan PH serta Menteri PH dulu untuk tidak menjual ladang sawit 15,000 hektar pada ketika harga minyak sawit murah kepada sebuah syarikat Taiko Plantations Pte Ltd yang berpengakalan di Singapura.



Ladang ini dah lama dimilik kerajaan Perak di bawah BN dan Allahyarham ADUN Slim pernah menjadi pengerusi syarikat kerajaan negeri yang memiliki ladang itu.

Tahun lepas Allahyarham pernah berkata nilai ladang tersebut adalah sebanyak RM1.03 bilion dan memberi keuntungan besar sebanyak RM40 juta setiap tahun kepada negeri Perak sebelum pertukaran kerajaan pada PRU14.

https://www.sinarharian.com.my/article/37738/EDISI/Perak/Kerajaan-Perak-didesak-tidak-jual-Ladang-PT-Pinang

Selepas PRU14 pula, pengerusi syarikat milik kerajaan negeri pula bertukar menjadi MB Perak PH.



Namun selepas kerajaan PH Perak tumbang dan MB Perak PH menjadi MB Perak PN, penjualan tersebut tetap diteruskan secara rundingan terus tanpa tender di bawah kerajaan PN Perak walaupun harga minyak sawit kini mencecah RM3,400 satu tan berbanding RM1,800 hingga RM2,000 tahun lalu.

Harga jualan yang diumum pada bulan April 2020 selepas kerajaan PN Perak ambil alih ialah RM342 juta sedangkan nilai keseluruhan ladang itu adalah RM1.03 bilion mengikut apa yg dimaklumkan oleh pengerusi terdahulu atau hanya 35% harga asal.

https://www.sinarharian.com.my/article/106034/EDISI/Perak/Putra-gesa-SPRM-siasat-jualan-ladang-harga-rendah

Insiden kedua ialah pelantikan seorang ADUN Umno sebagai setiausaha politik MB Perak tanpa merujuk dan mendapat persetujuan dari kepimpinan UMNO negeri.



UMNO Perak sudah lama berjaga-jaga setelah parti PPBM Perak mengambil beberapa orang ADUN UMNO selepas PRU14.

Sebab itu satu perjanjian telah dibuat apabila kerajaan PN Perak dibentuk selepas PH jatuh di sana pada bulan Mac.

Antaranya ialah setiap pelantikan politik perlu mendapat persetujuan parti masing-masing.

Walaupun UMNO telah beberapa kali memberi amaran kepada MB Perak untuk tidak lantik ADUN UMNO menjadi setiausaha politik dia, MB Perak tidak mahu hirau.



Seolah-olah UMNO Perak dan perjanjian antara parti tidak penting.

“18 Okt 2020: Pemuda UMNO Perak persoal lantikan setiausaha politik MB Perak”

https://www.sinarharian.com.my/article/105864/EDISI/Perak/Pemuda-UMNO-Perak-persoal-lantikan-setiausaha-politik-MB-Perak

“20 Okt 2020: Umno Perak beri kata dua kepada PPBM”



https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/10/20/umno-perak-beri-kata-dua-kepada-ppbm/

Malah, nak jawab isu ini pun MB Perak malas ketika itu.

“Walau apa pun saya cakap… orang akan memberi pandangan berbeza, jadi saya tidak mahu ulas (panjang) tentang perkara itu” kata MB Perak.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/10/633579/tiada-niat-kukuh-sokongan-metrotv



Pelantikan ADUN UMNO ini dan sikap MB Perak enggan layan bantahan UMNO ini yang menjadi detik penentuan kepada UMNO Perak.

Oleh sebab MB Perak tak hirau dan tetap khianat persetujuan antara parti, maka dia pun tumbang hari ini.

Ada juga yang cuba tuduh UMNO Perak berpakat dengan DAP dan PKR di Perak untuk tumbangkan MB Perak.

Ini tidak benar sebab PH Perak dah lama tunggu peluang untuk tumbangkan MB Perak sebab PH rasa mereka pernah dikhianat MB Perak yang juga membawa lari beberapa ADUN PH pada bulan Februari tahun ini.

Sebab itu, PH Perak tak akan beri undi sokong kepada MB Perak apabila undi percaya dilakukan dalam DUN Perak.

Najib Razak

‘BAKAL PM’ UMUM KEJATUHAN MUHYIDDIN, PM BARU ANGKAT SUMPAH PADA 32 SEPTEMBER 2020

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button